Isi Kandungan Artikel

Minyak wangi bukan semua sama ke?

Minyak wangi lelaki atau minyak wangi  EDP sama ke?  No gaiss!!! Asal beli minyak wangi je mesti anda fikir perfume je kan? Sebenarnya, minyak wangi ini bukan setakat perfume je, tapi ada 3 lagi jenis yang anda tak pernah sedar dan taknak ambil tahu.

“Eh, penting ke? Kalau ambil tahu pon minyak wangi semua wangi, alahh asal bau harum okelah tue”. Anda silap kalau fikir macam itu tau!

Untuk pengetahuan anda, kepekatan dalam setiap jenis minyak wangi adalah berbeza dan mencari kepekatan yang tepat sama pentingnya dengan memilih aroma yang sempurna.

Apakah kepekatan dalam minyak wangi?

Kepekatan ini maksudnya berapa banyak kandungan alkohol dalam minyak wangi anda itu.

Semakin tinggi kepekatan, semakin kurang kandungan alkohol. So, tinggilah kandungan pewangi asli…faham?

Ini kerana, kalau anda nak tahu sebenarnya minyak wangi diformulasikan dengan gabungan wangian semulajadi dan sintetik (alkohol). Barulah aroma minyak wangi anda itu seimbang je!

And then, jenis atau label minyak wangi nilah yang membezakan kepekatan alkohol dalam minyak wangi anda itu!

Cuba bayangkan kalau anda teringin nak beli minyak wangi mesra wuduklah…zero alkohol lah…tetapi tak tahu pun perbezaan 4 jenis minyak wangi ini, agak2nya senang tak anda kene tipu?

Dah jadi lumrah peniaga always akan cakap benda baik je pasal produk mereka. So kita inilah sebagai pengguna yang kena bijak…okeyy?

Panduan ini dapat memberi info tentang minyak wangi tahan lama dan murah.

So, ini dia 5 jenis minyak wangi yang anda wajib tahu!!

5 jenis minyak wangi yang anda wajib tahu!!!

#1: PERFUME

perfumeSekiranya minyak wangi anda itu mahal sangat2 cuba check balik ada tak label perfume kat minyak wangi anda itu?

Sebab dalam banyak2 minyak wangi, perfume mempunyai kepekatan yang paling tinggi. Sekitar 20%-30%. Kiranya minyak wangi asli lah. Sebab itulah mahal!

So, sis memang recommendedkan dekat sesiapa yang tercari2 perfume less alkohol or zero alkohol…okey!

Tetapi kebiasannya perfume berbau sangat kuat kerana kandungan alkoholnya yang rendah. Sebab alkohol ini yang seimbangkan bau menyegit pada perfume.

Sampaikan kalau member2 anda pakai minyak wangi jenis perfume. Lepas itu tiba2 peluk anda ke kan, confirm bau perfume itu melekat kat anda pulak!

#2: EAU DE PARFUM (EDP)

perfume EDP

EDP mempunyai kepekatan ke-2 tertinggi selepas perfume iaitu antara 15%-20%.

Sama jugak macam perfume, bau EDP ini pun kuat sampai orang sebelah pun boleh bau tau! Tapi taklah sekuat dan semahal perfume.

And kalau anda nak tahukan dalam banyak2 jenis minyak wangi, EDP yang paling laris dijual di pasaran.

Yelah, macam sis dah bagitahu harganyakan lebih murah, mestilah pengguna lebih tertarik. Lagipun kredibiliti EDP sama je macam perfume. Dua2 long lasting.

Just perbezaanya kalau anda nak kurang alkohol atau bebas alkohol je…okay!

#3: EAU DE TOILETTE (EDT)

perfume EDT

Boleh dikatakan kebanyakan minyak wangi yang terjual di kedai runcit atau pasar2 adalah jenis EDT.

Manakan tidaknya, harga EDT tersangat2 murah kerana hanya mempunyai kepekatan sekitar 5%-15%. Tetapi nilai alkohol adalah tinggi and bau dia pon tak long lasting.

So, dah tahukan kenapa kalau dekat pasar2 tu harga minyak wangi just RM5, RM10? Tetapi takdelah sis cakap minyak wangi murah seperti EDT ini tak berkualiti tau!

Actually, bergantung kepada citarasa anda sendiri! Kalau anda suka minyak wangi bau ringan je pada kulit, memang sesuailah EDT ini. Macam sis sendiri, sis suka minyak wangi bau kuat. So, sis akan cari minyak wangi kepekatan tinggi seperti perfume.

#4: EAU DE COLOGNE (EDC)

bottle minyak wangi

Bagi orang Amerika, EDC ini ibarat aroma maskulin kerana bau sangat ringan. Manakan tidaknya kepekatan EDC adalah yang paling2 rendah sekitar 2%-4% je.

Sama juga macam EDT, EDC adalah lebih murah dan mudah didapati di kebanyakan kedai dan pasaraya serta sifatnya juga adalah sama. Just kepekatan je yang berbeza.

Dan EDC bukanlah pilihan yang tepat bagi anda yang sukakan wangian bertahan lama. Tetapi bagi mereka yang sukakan wangian yang ringan dan tidak menyegit, EDC adalah pilihan yang sangat tepat.

#5: EAU FRAICHE

spray perfume

Seperti EDC, Eau fraiche juga mempunyai kepekatan alkohol yang sangat rendah iaitu 1%-3%.

Perbezaannya adalah EDC dicampurkan dengan alkohol seperti wangian tradisional.

Tetapi, Eau fraiches dicampurkan dengan air dan berfungsi sebagai penyegar tanpa aroma tahan lama.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kepekatan ini pun penting untuk pilih minyak wangi citarasa anda. Sekarang dah tahukan apa perbezaan keempat2 ini?

So, dah boleh check dah minyak wangi yang anda pakai sekarang jenis EDT ke? EDC ke? EDP ke? Atau perfume? Okay!

Nak tengok dalam gambaran yang easy and mudah faham boleh tengok gambar bawah ini:-

peratusan bahan pewangi dalam minyak wangi

Tetapi bila dah tahu jenis2 minyak wangi mestilah kena tahu macam mana nak pilih minyak yang betul supaya takdelah kena tipu dengan promosi2 pasaran yang nampak wow!!!

So, boleh refer artikel ini untuk tahu Panduan Lengkap Minyak Wangi 2020 Terbaik 2020. Jangan lupa click..okey!

Jadi selepas membaca artikel ini, anda sudah tahu membezakan apa itu minyak wangi lelaki atau minyak wangi  EDP !