Isi Kandungan Artikel

Pengenalan

Adakah anda pemula dalam dunia bisnes? Ataupun mugkin anda ‘orang lama’ tetapi tercari2 apakah strategi atau tips untuk mengembangkan lagi perniagaan anda?

Sebab sis faham kebanyakan daripada kita ini, dahlah baru start bisnes lepas tu terlalu gemuruh nak kejar sales, betul tak?

Sis nasihatkan, kalau anda dah ada keinginan nak buat bisnes, biarlah bisnes tue angan2nya sampai ke langit, bak kata orang. Maksudnya biarlah kekal lama, bukannya awal2 dah gempak dah bisnes itu sampai pertengahan dah mula slow. Dan akhirnya gulung tikar dan sebagainya.

Sis bukan perli tau! Tetapi sis nak tekankan betapa pentingnya strategi atau planning sebelum memulakan apa2 bisnes…okay.

So, nak tahu tak apakah strategi tersebut? Jom baca artikel ini sampai habis…

STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

#1: TENTUKAN VISI PERNIAGAAN

Apabila dah ada visi, barulah ada motivasi untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Ini kerana Visi (vision) merupakan pernyataan yang mendefinsikan sesuatu yang ingin dicapai oleh sesebuah perniagaan atau organisasi pada masa yang akan datang.

Kiranya visi ini ibarat penunjuk arahlah…faham? Barulah anda tahu apa tujuan anda buat bisnes.

Dan secara tidak langsung dengan adanya visi, sekaligus anda tahu aktiviti atau strategi apa yang diperlukan untuk memastikan perniagaan anda selaras dengan visi yang ditetapkan.

Nak hasilkan visi yang gempak?

Untuk hasilkan visi yang wow gitu tetapi tidak lari dengan konsep perniagaan simple je wahai usahawan, iaitu:-

Soal diri anda:

  1. Siapa pelanggan?
  2. Apa perniagaan anda?
  3. Apa yang anda jual (produk / perkhidmatan)?
  4. Apa rancangan anda untuk pertumbuhan?
  5. Apakah kelebihan daya saing utama anda?

Jom kita sama2 tengok contoh visi Air Asia.

Air Asia

Visi Air Asia:

“Menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion orang yang kini tidak mendapat perkhidmatan yang maksimum kerana sambungan yang kurang dan tambang yang tinggi.”

Ha…sekarang sis nak tanya agak2nya tercapai tak visi Airasia tu? Anda sendiri tahukan betapa famousnya Airasia sekarang? Padahal kalau diikutkan waktu permulaan perniaagan mereka macam susah je visi itu untuk dicapai.

#2: NYATAKAN MATLAMAT ANDA

Kenapa anda buat bisnes? Untuk mendapatkan keuntungan atau…? So, anda listkan di bahagian matlamat perniagaan anda.

Buat senarai tujuan dengan penerangan ringkas mengenai apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan matlamat itu tercapai.

Bagaimana nak hasilkan matlamat?

Stepnya simple and easy je gaiss!

Mulakan dengan tujuan peribadi anda, kemudian barulah senaraikan matlamat perniagaan anda. Pastikan matlamat perniagaan anda menjawab soalan2 berikut:

  • Sebagai pemilik perniagaan, apa yang ingin anda capai?
  • Berapa besar atau kecil yang anda mahukan perniagaan ini?
  • Adakah anda mahu memasukkan keluarga dalam perniagaan anda?
  • Kakitangan: Adakah anda ingin memberikan pekerjaan?
  • Terangkan kualiti, kuantiti atau tahap perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.
  • Bagaimana anda menggambarkan kelebihan daya saing utama anda? Matlamat bisnesSis sarankan anda buat 2 set matlamat, iaitu:

    #1: JANGKA PENDEK

    • Antara 6 hingga 12 bulan.
    • Objektifnya adalah untuk mendorong ke arah jangkaan jangka pendek seperti pembangunan produk baru dan meningkatkan aliran tunai,

    Bagi anda yang baru first time nak mulakan bisnes perancangan jangka pendek ini wajib anda buat tau!!! Yelah kalau takde permulaan strategi macam mana nak jangka sesuatu yang lebih panjang, betul tak?

    #2: JANGKA PANJANG

    • Kebiasaanya untuk 2 hingga 5 tahun.
    • Objektifnya adalah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan untuk masa hadapan syarikat yang lebih cerah.

    Tetapi, matlamat ini bukan asal ada je tau! Pastikan matlamat ini beserta dengan tindakan…okeyy! Barulah perniagaan anda tu bertahan dan berdaya saing.

    #3: FAHAMI PELANGGAN ANDA

    customer rightBagi sis lahkan, realiti dalam perniagaan, tidak semua orang akan suka dengan produk yang kita hasilkan, betul tak?

    So, selain daripada buat survey ataupun Q&A, pastikan anda pilih pasaran sasaran dengan betul. Janganlah seperti anda dah terang2 jual produk kurus, lepas tu anda pergi tanya or buat survey dekat orang yang badan slim tu! Okay.

    Maklumat BONUS!!!

    Untuk lebih memahami pelanggan anda lakukan step seperti di bawah:

    STEP 1: KENAL PASTI KEPERLUAN

    Agak2nya dengan wujudnya produk anda ini, keperluan pelanggan dapat dipenuhi tak? Kebiasaannya, ia bukanlah produk yang tak pernah ada di pasaran, tetapi ianya kurang dipenuhi atau memerlukan penambaikan.

    Contohnya, anda founder produk lipmatte. Sebelum ini ramai complain lipmatte penyebab bibir kering. So, anda ciptalah formulasi lipmatte yang teksturnya lebih lembut, tidak kasar.

    Confirm, laku keras produk anda!!!

    STEP 2: KENAL PASTI KEMAHUAN

    Fikirkan apakah keinginan pelanggan anda? Macam mana nak tahu kemahuan pelanggan? sebab itulah adanya survey dan Q&A.

    Untuk anda tanya pelanggan anda itu apa yang mereka inginkan dalam produk ciptaan anda.

    STEP 3: KENAL PASTI MASALAH

    Adakah produk anda dapat mengatasi masalah bakal pelanggan anda? Kalau rasa macam 50% je atasi masalah mereka, check balik apa kekurangan produk anda itu…okay!

    STEP 4: KENAL PASTI PERSEPSI

    Adakah produk anda memberi persepsi positif atau negatif pada pandangan pelanggan? Kemudian, kenalpasti pulak apa punca persepsi tersebut.

    Nampak macam remeh jekan, tetapi sangat2 penting. Manakan tidaknya persepsi ini berguna waktu anda nak mula memasarkan dan mempromosikan perniagaan tau!

    #4: BELAJAR DARIPADA PESAING

    competitors dalam bisnesTak kisahlah anda bukak perniagaan apam balik sekalipun, mesti akan ada pesaing. Dan sebagai seorang bakal usahawan yang bijak, jangan jadikan mereka itu musuh.

    Tetapi, belajarlah daripada mereka. Belajar macam mana mereka kekalkan perniagaan, macam mana mereka bersaing dan sebagainya.

    Berikut adalah beberapa soalan untuk membantu anda belajar daripada persaing anda:

    • Pesaing apa yang anda ada?
    • Bagaimana pesaing menghampiri pasaran?
    • Apa kelemahan dan kekuatan pesaing?
    • Bagaimana anda dapat memperbaiki pendekatan pertandingan?
    • Apakah gaya hidup, demografi dan psikografi pelanggan ideal anda?

      #5: KEWANGAN

      financial

      Jika tiada modal tiadalah wujudnya sebuah perniagaan, betul tak? Bak kata orang putih ‘Money is everything’.

      Alaa…zaman sekarang jangan risau, kalau anda kurang mampu kan dah boleh buat loan. Tetapi nak buat loan mestilah kena ada rancangan perniagaan. Macam mana nak buat rancangan perniagaan?

      Haa…baca artikel sis yang selanjutnya tau! InsyaAllah sis bantu melalui artikel yang sis tulis ini okeyy.

      (PANDUAN LENGKAP RANCANGAN PERNIAGAAN YANG TIP TOP)

      So, lepas dah ada modal, tak kiralah modal sendiri ataupun loan, pastikan anda tahu macam nak kembangkan lagi modal itu melalui perniagaan anda. Barulah ada pulangan modal.

      Jangan mulakan bisnes tanpa buat calculation tau! Memanglah kita kena berani keluar modal yang besar untuk mulakan bisnes, tetapi biarlah berani dengan bijak…jelas?

      Sis cadangkan anda gunakan anjuran yang sis kasi ini. Pastikan ada dalam perkiraan anda okeyy!

      • Andaian
      • Overhead Bulanan
      • Ramalan Jualan
      • Wang Tunai Terkumpul

        #6: KENALI STRATEGI PEMASARAN ANDA

        Untuk pengetahuan anda ada 4 STEP strategi pemasaran yang anda wajib pelajari, iaitu:giphy bisnes

        STEP 1: KENAL PASTI PASARAN SASARAN

        Siapakah pasaran sasaran ideal anda? Pastikan pasaran sasaran anda itu berkaitan dengan produk yang ditawarkan tau.

        Contohnya, produk pomade mestilah untuk para jejaka kan? Janganlah pula pasaran sasaran anda kaum wanita!

        STEP 2: KELAYAKAN PASARAN SASARAN TERBAIK

        Anda kena belajar letakkan perniagaan anda pada tahap yang sama dengan majoriti pembeli yang anda targetkan.

        Kiranya kalau anda adalah pasaran sasaran, anda akan pilih tak produk yang ditawarkan? Faham?

        STEP 3: KENAL PASTI KAEDAH PEMASARAN TERBAIK

        Pemasaran adalah proses mencari, berkomunikasi dan memberitahu pasaran sasaran mengenai produk dan perkhidmatan anda.

        Macam mana nak berkomunikasi dengan mereka? Sebab itulah kena ada strategi dan kaedah yang terbaik. Click link di bawah ini untuk tahu caranya okeyy!

        “KAEDAH PEMASARAN TERBAIK”

        STEP 4: UJI STRATEGI PEMASARAN YANG DIPILIH

        Step yang terakhir lepas je anda dah pilih kaedah pemasaran, selidik atau uji, sama ada kaedah yang dipilih itu berkesan atau tidak, okeyy?

        Jika kaedah tersebut menghasilkan keuntungan yang tinggi, dapat menarik ramai pelanggan, maknanya ada harus kekalkan strategi tersebut dengan lebih optimis.

        Tetapi, kalau yang terjadi adalah sebaliknya, maksudnya adalah yang silap dekat mana2 tu. So, check balik dan ambil tindakan. Ubah mana yang kurang tu…okay!

        RUMUSAN

        Kesimpulannya, kenapa perniagaan seseorang itu nampak unik bergantung kepada bagaimana mereka mulakan perniagaan mereka itu sendiri.

        Perkembangan perniagaan itu kan bergantung kepada permulaan yang bagus…betul tak?

        Remember!!! “The Secret of Getting Ahead is Getting Started”, Mark Twain.

        Apabila dah ada aura nak memulakan bisnes ini, mestilah kena tahu apa tips nak bergelar entrepreneur yang berjaya pula kan? Baca artikel seterusnya ini pula ye!

        ‘3 TIPS MUDAH BERGELAR ENTREPRENEUR BERJAYA’