Isi Kandungan Artikel

Apakah tujuan rancangan perniagaan (RP)?

Anda tercari-cari template tentang rancangan perniagaan food truck atau rancangan perniagaan bakeri ?  Ha…kalau anda nak tahu, selain daripada menerangkan secara terperinci berkenaan selok belok syarikat, rancangan perniagaan ini juga berguna untuk sesiapa yang nak buat loan tau!

Loan untuk modal syarikat ye! Bukan loan peribadi. Yelah tak semua dari kita ini nak mulakan perniagaan dah ada modal yang cukup…kan?

Tetapi nak buat loan bukan senang, perlukan sebuah rancangan perniagaan yang lengkap dan ianya mungkin sukar bagi mereka yang tak pernah try and tak pernah tahupun pasal RP ini.

Takpe jangan risau, jom kita make it easy dengan baca artikel ini je! Lepas ini dah boleh proceed dengan rancangan perniagaan anda, okey!

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

format rancangan perniagaan

Okeyy, yang sis bagi dekat atas ini perkara yang perlu ada dalam rancangan perniagaan anda. Dah mula pening kan? Takpe sis terangkan satu2 point yang ada dalam format itu. Jadi jika anda nak mulakan membuat rancangan perniagaan food truck atau rancangan perniagaan bakeri, boleh lah rujuk kepada artikel ini.

#1: PENGENALAN

Anda ceritalah sikit mengenai syarikat atau perniagaan anda seperti:

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan Yang Diceburi
  • Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan
  • Lokasi Premis
  • Tarikh Mula Perniagaan
  • Latar Belakang Industri
  • Trend Pasaran Kini

#2: TUJUAN

Apa tujuan penyediaan RP ini? Untuk mohon loan? Atau pembiayaan kewangan? Ke rancangan perniagaan yang anda buat ini sekadar rujukan untuk melaksanakan projek baru dan menguruskan pernigaan?

Tak kisahlah apapun tujuan anda, yang penting nyatakan dengan jelas dalam bahagian tujuan RP ini…okay!

#3: LATAR BELAKANG SYARIKAT/ PERNIAGAAN

Dekat bahagian ini anda kena jelaskan dengan lengkap dan terperinci mengenai perniagaan anda. Maklumat yang perlu ada:

  • Nama perniagaan
  • Alamat operasi
  • Nombor telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama dalam perniagaan
  • Nombor pendaftaran
  • Modal perniagaan

Ingat tau bahagian ini bukannya taip atau tulis dalam paragraph! Taip macam anda buat personal biodata gitu… Refer contoh yang sis kasi ini:

latar belakang perniagaan

Sumber: syarikat ZM Entreprise

#4: LATAR BELAKANG PEMILIK/ AHLI KONGSI/ PEMOHON

Butir2 pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.

Sama jugak caranya macam latar belakang syarikat, tetapi yang ini kira personal info andalah atau pemegang saham…faham?

#5: LATAR BELAKANG PROJEK CADANGAN

Bahagian ini paling simple gais! Anda hanya perlu buat lakaran:

  • Peta syarikat (macam peta jalan nak pergi rumah orang kahwin tu)

peta rancangan perniagaan

  • Pelan dalaman syarikat (pelan lantai) – Kalau kilang, buatlah lakaran kilang. kalau pejabat, buatlah lakaran pejabat.

pelan lantai

Tetapi, kalau perniagaan anda ni tiada kaitan dengan infrastruktur, abaikan jelah bahagian pelan lantai. Just buat peta syarikat je…okey!

#6: RANCANGAN PEMASARAN

Start daripada nombor 6 ini, anda dah kena fokus tau! Sebab makin sukar nak buat. Okeyy di bawah rancangan pemasaran, ada 8 maklumat yang anda wajib tahu dan wajib ada, iaitu:

Bil Perkara Penerangan
6.1 Analisa pasaran ·   Ceritakan serba sedikit konsep pemasaran syarikat.

·   Takyah panjang2, satu paragraph pon dah cukup

6.2 Bentuk pasaran ·   Adakah anda merupakan pasaran perkhidmatan  atau produk?

·   Lepas itu, ceritakanlah sikit mengenai perkhidmatan and produk anda itu.

·   Contohnya, bagitahu apa yang anda tawarkan? Trend pasaran yang berkaitan?

6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan ·   Bahagian ini, anda buat 2 table.

·   Satu column untuk produk dan satu lagi harga yang ditawarkan.

6.4 Pelanggan ·   Nyatakan siapa pasaran sasaran anda?
6.5 Saiz pasaran ·   Contohnya, sasaran pasaran anda hotel kerana menjual tilam empuk.

·   And then, kiralah berapa banyak hotel yang anda target mengikut saiz geografi yang anda tetapkan.

·   Takyahlah sampai seluruh Malaysia anda kira hotel ada berapa. Kalau perniagaan anda area KL, just target bahagian KL je…faham?

6.6 Pesaing sedia ada ·   Nyatakan siapakah pesaing anda.

·   Kemudian bandingkan apa kelebihan dan kekurangan mereka dengan syarikat anda.

6.7 Penyediaan ramalan jualan ·   Buat tiga column, iaitu column bulan, tahun pertama dan tahun kedua.

·   Buat aggaran je berapa unit yang terjual dalam masa tersebut.

·   Pengiraan dalan bentuk unit tau!

6.8 Strategi penjualan ·   Nyatakan apakah strategi penjualan anda?

·   Kebiasaanya ada 2 strategi yang sering digunakan iaitu:

Zero-level channel

– One-level channel

#7: RANCANGAN ORGANISASI

Rancangan organisasi ini kiranya maklumat spesifik mengenai syarikat anda. Perkara yang perlu ada adalah:

7.1. MATLAMAT DAN STRATEGI ORGANISASI

Kenapa anda buat bisnes? Untuk mendapatkan keuntungan atau menyelesaikan masalah?  So, anda listkan di bahagian matlamat perniagaan anda.

Buat senarai tujuan dengan penerangan ringkas mengenai apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan matlamat itu tercapai.

Bagaimana nak hasilkan matlamat?

Stepnya simple and easy je gaiss!

Mulakan dengan tujuan peribadi anda, kemudian barulah senaraikan matlamat perniagaan anda. Pastikan matlamat perniagaan anda menjawab soalan2 berikut:

  • Sebagai pemilik perniagaan, apa yang ingin anda capai?
  • Berapa besar atau kecil yang anda mahukan perniagaan ini?
  • Adakah anda mahu memasukkan keluarga dalam perniagaan anda?
  • Kakitangan: Adakah anda ingin memberikan pekerjaan?
  • Terangkan kualiti, kuantiti atau tahap perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.
  • Bagaimana anda menggambarkan kelebihan daya saing utama anda?

7.2. STRATEGI JANGKA PENDEK

  • Antara 6 hingga 12 bulan.
  • Objektifnya adalah untuk mendorong ke arah jangkaan jangka pendek seperti pembangunan produk baru dan meningkatkan aliran tunai,
  • Kiranya dalam masa terdekat apa yang ingin dicapai dan apa strategi yang diambil?

7.3. STRATEGI JANGKA PANJANG

  • Kebiasaanya untuk 2 hingga 5 tahun.
  • Objektifnya adalah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan untuk masa hadapan syarikat yang lebih cerah.
  • Kiranya anda kena pandang jauh kehadapanlah bagaimana nak mencapai impian syarikat.

7.4. CARTA ORGANISASI

Yang ni simple je! ikut contoh yang sis bagi dekat bawah ini: (carta organisasi adalah daripada jawatan teratas seperi Board of Director sehinggalah jawatan yang paling bawah)

rancangan perniagaan

7.5. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Ha…bahagian ini berpandukan carta organisasi yang anda buat tadi. Nyatakan apakah fungsi serta tanggungjawab jawatan2 tersebut.

Contohnya, designer bertanggungjawab dalam menyediakan design2 yang bermutu untuk syarikat.

7.6. SENARAI KAKITANGAN

Kirakan jumlah kakitangan yang ada daripada setiap department atau team. Contohnya:

kakitangan

7.7. BAYARAN IMBUHAN KEPADA KAKITANGAN

Nyatakan apa kelebihan pekerja kalau bekerja dengan syarikat anda. Tekankan aspek seperti:

  • Cuti sakit
  • Cuti tahunan
  • Kenaikan gaji
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Contohnya, kakitangan memperoleh bonus kalau menujuk prestasi yang bagus ke? Bergantunglah kepada apa yang syarikat anda ingin tawarkan.

#8: RANCANGAN OPERASI

Elemen2 yang perlu ada di bawah rancangan operasi ialah:

BIL PERKARA PENERANGAN
8.1 Senarai barangan · Nyatakan apakah barangan yang  ditawarkan beserta harga seunit.
8.2 Carta aliran proses · Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pengilangannya?

· Buat dalam bentuk carta aliran.

8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan · Berapa kuantiti bahan mentah yang bakal diperlukan dalam tempoh tertentu?

· Nyatakan anggaran dengan spesifik..okey!

8.4 Senarai mesin, perabot, dan alatan kelengkapan · Nyatakan semua jenis mesin yang diperlukan beserta harga.

· Barulah senang nanti nak double check mesin2 dan perabot2 yang diperlukan…betul tak?

8.5 Perabot dan kelengkapan pejabat · Nyatakan kelengkapan yang terdapat dalam pejabat anda. (jika berkaitan)

 

#9: RANCANGAN KEWANGAN

Bahagian rancangan kewangan ini sangat penting tau! Yelah kalau perancangan kewangan anda teratur, barulah syarikat berjalan dengan lancer je. Maklumlah, “money is everything”, right?

So, apa yang kena ada dalam rancangan kewangan ini? Okey! Ianya hendaklah mengandungi aspek2 berikut:

  • Kos dan modal perlaksanaan perniagaan
  • Sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber)
  • Aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun)
  • Penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun)
  • Analisis pulangan modal (break-even analysis).

Jangan risau! Jika anda tiada kepakaran dalam bidang finance ini, anda boleh taip je dekat google Financial Budget Statement Template’. Nanti dia akan ajar step by step macam mana nak bina rancangan perniagaan anda!

RUMUSAN

Kesimpulannya, bila dah adanya rancangan perniagaan (RP), barulah mudah anda nak tahu lebih lanjut mengenai perniagaan anda.

Lepas ini, kalau ada apa2 je kemunsykilan, anda boleh baca article ini sebagai rujukan.

succes in business

So, sudahkah anda bersedia wahai usahawan? Kalau anda seorang pemula dalam dunia perniagaan, baca artikel ini pula, insyaAllah info2nya berguna buat anda yang baru nak berjinak2 atau ingin mengembangkan lagi perniagaan anda!

“ADAKAH ANDA BAKAL USAHAWAN? TIPS MUDAH UNTUK SI PEMULA”