Isi Kandungan Artikel

Dah tahu jenis kulit anda?

Kulit berminyak? Kulit kering? Atau kulit kombinasi? Ha…yang mana satu jenis kulit muka anda? Atau selama ini anda tak pernah kaji pun? Ke anda ini jenis yang asal pakai pencuci muka je?

Sebenarnya, jenis kulit kita ini ditentukan oleh faktor genetik. Contohnya kulit hitam, kulit putih. Tetapi, keadaan kulit kita ni sangat2 berbeza tau!! mengikut pelbagai faktor dalaman dan luaran yang ditanggung.

Contohnya, mungkin anda seorang pekerja yang terdedah dengan matahari, so berkemungkinan anda berkulit sensitif kerana terlalu terdedah dengan sinaran UV.

Penting ke nak tahu jenis kulit kita?

Yess!!! Bila anda dah tahu jenis kulit anda ini normal ke? Berminyak ke? barulah senang nak pilih skincare.

Macam yang sis dah cakap tadilah, contohnya anda ini bekerja di sektor yang terdedah dengan matahari dan menyebabkan kulit kering. So, lepas ini dah tahu dah pergi kerja wajib pakai moisturizer dan sunblock. Barulah kulit itu lembap dan dihidrasi je sepanjang hari.

Dah jelaskan sekarang kenapa pentingnya nak tahu jenis kulit anda? So, dah sampai masa untuk anda kaji pulak apakah jenis atau keadaan kulit anda!!

7 PANDUAN MENGENALI JENIS KULIT ANDA!

#1: KULIT NORMAL (normal skin)

normal skin

Apakah kulit normal?

‘Normal’ atau istilah saintifiknya eudermik merujuk kepada kulit yang seimbang. So, boleh dikatakan orang berkulit normal ini nampak flowless and bersih je kulit dia tau!!! Ala2 Mira Filzah gitew.

Zon T (dahi, dagu dan hidung) mungkin sedikit berminyak, tetapi secara keseluruhannya kelembapan tetap seimbang dan kulit tidak terlalu berminyak atau terlalu kering. Kiranya sikit2 jelah, taklah obvious sangat macam kulit orang sensitif.

Cara mengenalpasti kulit normal

Sekarang cuba tengok cermin and check adakah anda ini kulit normal atau tidak. Simple and easy je gais! Kalau anda berkulit normal:-

  • Liang roma halus
  • Peredaran darah yang baik
  • Tekstur kulit lembut dan halus
  • Kelihatan cerah (warna kulit seragam)
  • Tidak terdedah kepada kepekaan (faktor luaran seperti debu dan sinar UV)

Siapa je yang taknak berkulit normal ni kan? Nampak bersih and flowless je, Tetapi tulah nak mendapatkannya bukan senang! So, bagi sis sendiri memang beruntung sangat2 siapa yang lahir2 je dah asal kulit normal.

Tetapi, untuk pengetahuan anda, sebenarnya kulit mereka boleh menjadi lebih kering apabila meningkatnya usia tau!! Baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

KEKERINGAN YANG DISEBABKAN OLEH USIA

#2: KULIT KERING (dry skin)

jenis kulit kering

Apa itu kulit kering?

Istilah ‘kering’ atau xerosis digunakan untuk menggambarkan jenis kulit yang menghasilkan sebum lebih sedikit daripada kulit normal.

Apabila kurangnya sebum, kuranglah Lipid. And bila kurangnya lipid, apa jadi? Semestinya, kulit tidak akan dapat kekalkan kelembapan dan tiadanya pelindungan daripada pengaruh luar. Akhirnya, terjadilah kulit kering. Faham?

Kulit kering ini pula wujud dalam tahap keparahan yang berbeza-beza tau! Dan tidak dapat dinafikan masalah kulit kering kebanyakan berlaku pada kaum wanita dan menyumbang 40% rawatan ke ahli dermatologi.

So, dah tahu anda kulit kering yang mana satu? Sebelum itu, kenalah tahu punca2 kulit kering dulu, betul tak?

Punca kulit kering

#1: Kehilangan air

Kelembapan kulit bergantung pada bekalan air di lapisan kulit yang lebih dalam. Kulit sentiasa kehilangan air melalui:

  • Keringat:

Kehilangan air aktif daripada kelenjar yang disebabkan oleh kepanasan, tekanan (stress) dan aktiviti yang menyebabkan peluh.

  • Kehilangan air trans-epidermis (TEWL):

Kehilangan air semula jadi iaitu kulit meresap kira-kira setengah liter air sehari daripada lapisan kulit yang lebih dalam. Disebabkan inilah kita kena minum air 2 liter atau 8 gelas sehari tau!!!

#2: Kekurangan pelembap semula jadi (NMF)

Contohnya, urea, asid amino dan asid laktik. NMF ini penting tau untuk membantu keseimbangan air.

Senang je gaiss!!! Kandungan asid amino, asid laktik semua ini anda boleh dapat pada makanan tertentu seperti oat, susu dan telur.

Ha…dah tahukan apa punca kulit kering? Barulah sis boleh cerita apakah perbezaan tahap kulit kering ini. Baca sampai habis tau!!!

Tahap-tahap kulit kering

Tahap 1: Dry skin

 

  • Rapuh dan kasar
  • Kelihatan kusam
  • Keanjalan kulit rendah
Tahap 2: Very dry skin

 

  • Kerak ringan
  • Penampilan kasar dan blot (nampaknya berumur sebelum waktunya)
  • Perasaan sesak (rasa kulit agak tegang)
  • Berlakunya kegatalan

Amaran : Ia juga lebih sensitif terhadap kerengsaan, kemerahan dan risiko jangkitan.

Tahap 3: Extremely dry skin

 

  • Kulit terlalu kasar
  • Cenderungan untuk membentuk rhagade (retakan)
  • Kegatalan yang kerap

Kulit kering jenis ini sering dijumpai pada orang tua atau tangan yang mengalami dehidrasi yang teruk.

#3: KULIT BERMINYAK (oily skin)

oily vs dry skin

Apa itu kulit berminyak?

‘Berminyak’ digunakan untuk menggambarkan jenis kulit dengan pengeluaran sebum yang terlalu banyak dan ia juga dikenali sebagai seborrhea

Kiranya sebum ini terlalu sikit tak boleh terlalu banyak pun tak boleh tau!!! So, kenalah seimbang jadinya. Sensitifnyalah kan kulit kita ini?

So, apakah ciri2 and penyebab kulit berminyak ini?

Ciri2 kulit berminyak:

  • Liang pori besar dan jelas kelihatan.
  • Wajah kelihatan berkilat
  • Kulit lebih tebal dan agak pucat
  • Terdedah kepada komedo (whiteheads) dan pelbagai bentuk jerawat.

Sebab kulit berminyak :

  • Faktor genetik
  • Perubahan dan ketidakseimbangan hormon
  • Kesan pengambilan ubatan
  • Tekanan
  • Kosmetik komedogenik (produk solekan yang menyebabkan kegatalan)

Boleh dikatakan masalah kulit berminyak ini sangat2 sensitif tau! yelah disebabkan kulit berminyak je wajah dipenuhi jerawat kan? Sis sendiri pun baru satu jerawat timbul dah rasa tak selesa sangat2, nikan kalau penuh satu muka!

Tapi, jangan risau! Sekarangkan dah banyak produk dipasaran yang diformulasikan untuk muka berjerawat. So, don’t give up and give a try..okayy?

#4: KULIT KOMBINASI (combination skin)

jenis kulit kombinasi

Apa itu kulit kombinasi?

Mudah je! Kombinasi kulit ini adalah gabungan dua2 sekali, kulit kering dan berminyak..faham?

Perbezaannya adalah pada zon-T dan pipi. Zon-T yang macam yang sis dah cakap tadilah bahagian dahi, dagu dan hidung.

Nak tahu kulit anda ini kombinasi simple je, iaitu:

Ciri2 kulit kombinasi:

  • Zon T berminyak (dahi, dagu dan hidung)
  • Pipi biasanya kelihatan kering

#5: KULIT KEKERINGAN (dehydrated skin)

Here are the signs your skin is dehydrated - Sentinelassam

Cara mengatasi kulit kering.

Secara logiknya bila kurangnya air keringlah kulit, betul tak? And then mulalah muka kelihatan kusam je sebab tiadanya kelembapan.

Eh tapikan apa beza kulit kekeringan (dehydrated) dan kulit kering (dry)?

Untuk pengetahuan anda kulit kekeringan (dehydrated) ini memanglah kelihatan kering tetapi sebenarnya tak sama dengan dry skin tau!!

Ha mesti anda dah mula kelirukan? Dont worry okey! Sis akan jelaskan dengan bahasa mudah je.

Punca kulit kering di muka
 Kulit kekeringan (dehydrated)  Kulit kering (dry skin)
 Berlaku disebabkan kekerungan air  Berlaku disebabkan kekurangan minyak semula   jadi
  Asalnya berkemungkinan kulit normal tetapi   berlaku dehydrated apabila meningkatnya usia   dan faktor musim.  Kelenjar sebum tidak menghasilkan minyak   semula jadi yang mencukupi.
 Keadaan hormon tidak menyebabkan kulit   kekeringan.  Kulit kering dikaitkan dengan penyakit kulit seperti   psoriasis, ekzim, dan jerawat.

 

 Tanda-tanda kulit kering

  Kulit kekeringan (dehydrated)

   Kulit kering (dry skin)
  Kegatalan   Kulit bersisik

  Kusam

  Kepingan putih (white flakes)
  Berlaku bulatan bawah mata (jadi gelap)   Kemerahan
  Penampilan garis2 halus   Berlaku kegatalan
  Kedutan pada permukaan wajah

 

#6: KULIT SENSITIF

sensitive skin

Boleh dikatakan ramai antara kita ini berkulit sensitif kan? Lagi2 mereka yang memiliki kulit yang cerah! And yess berkulit sensitif memang sangat2 sukar nak jaga.

Manakan tidaknya, kalau salah pilih skincare sikit je terus breakout muka, mudah burn and sampai tahap muka boleh jadi teruk macam kena alergi…betul tak?

So, sis memang faham sangat2 kenapa orang berkulit sensitif rasa malu je nak berhadapan dengan orang. Takut kene ejek…macam2 lah!

Tetapi jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan? Tetapi sebelum tu anda kenelah kaji punca2 and symptom kulit sensitif terlebih dahulu.

Punca kulit sensitif

  • Ketidakseimbangan Hormon
  • Perubahan cuaca
  • Kesan penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai
  • Pola pemakanan yang salah
  • Tiada pelindungan pancaran UV

Ciri-ciri kulit sensitif

  • Mengelupas
  • Kemerahan
  • Ruam
  • Bengkak, kerak dan kekasaran.

Tahap yang paling teruk bila symptom2 ini disertakan dengan rasa gatak and muka nampak macam terbakar sebab kemerahan.

Kalau anda sampai tahap macam ini, sis sarankan anda jumpa pakar dermatologis atau doktor pakar kulit tau! Jangan ambil sambil lewa…okay?

#7: KULIT JENIS BERJERAWAT

jenis kulir berjerawat

Cara hilangkan jerawat

Setuju tak kalau sis cakap kulit berjerawat adalah masalah kulit yang paling teruk? Yelah hampir semua masalah kulit mesti melibatkan jerawat kan?

Muka berminyak ada jerawat, terlalu kering pun menyebabkan jerawat. Kalau sis sendiri pun sejujurnya sanggup tau kulit muka gelap or sawo matang daripada berjerawat!

Okeyy, so sebenarnya jerawat ini dibahagikan kepada 2 kelas iaitu:

2 Kategori Jerawat

 Jerawat Tidak Meradang  Jerawat Meradang
 Merujuk pada pori-pori yang tersumbat yang   muncul sebagai bintik hitam atau whitehead.  Kelihatan kemerahan pada kulit.
 Jenis ini paling ringan dan senang dilihat.

  •  Blackheads bewarna gelap dan boleh kelihatan agak rata pada kulit.
  • Whiteheads berwarna kulit kecil.
 Berasal daripada benjolan kecil iaitu bejolan   kecil yang menjadi nanah dan kemudian     menjadi pustula

 

So, adakah anda kulit berjerawat? Sis nak bagi nasihat kepada yang kulit berjerawat ini, tolong sangat2 janganlah cepat give up tau!

Sebenarnya banyak je produk dekat luar sana tu sesuai dengan kulit muka anda, cuma anda kena pandai pilih. Nak tahu produk yang dipilih betul atau tidak, sebab itulah pentingya nak tahu anda ini jenis jerawat macam mana…meradang ke? Tidak meradang ke? Faham?

RUMUSAN

Kesimpulannya, tak kesahlah anda jenis kulit macam mana pun, anda tetap kena yakin and jangan giveup tau!

Memanglah nak dapatkan muka yang flowless and glowing ini bukan senang. Ianya ambil masa, kadang2 sampai berbulan2 baru dapat kesan! Tapi, tulah kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih…betul tak?

Untuk mereka yang berkulit normal itu pun, jangan suka sangat tau! Kalau anda tak jaga betul2, silap2 daripada flowless terus breakout. So, be aware and guna skincare yang betul…okay.