Isi Kandungan Artikel

FAKTA ORANG BERKULIT SAWO MATANG

Dah jadi norma kehidupan zaman sekarang, bila orang berkulit sawo matang je mesti tak lari daripada kena ejek, hina, lagi-lagi kalau muka kurang cantik. Diorang tak mintak pon untuk dapat kulit bersawo matang and siapa je yang taknak kulit putih. Betul tak?

Tetapi sebenarnya orang berkulit sawo matang ini mempunyai kelebihan. Kalau tak percaya korang baca and tengok sendiri perbezaannya.

Fakta 1 : Kurang Risiko untuk Dapat Kanser Kulit

Tahukah anda, semua jenis tona kulit berisiko untuk mendapat Kanser Kulit. Ikuti  video ini untuk tahu lebih lanjut untuk tahu mengenai Kanser Kulit.

Untuk pengetahuan anda, kulit cerah umpama permukaan lut sinar akan membuatkan sinaran UV mudah menembusinya sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan kulit cerah juga mengandungi sifar melanin. So, maksudnya bila melanin tinggi (kebiasaannya kulit sawo matang), risiko untuk mendapat kanser kulit lebih rendah sebab cahaya tidak terus masuk ke dalam kulit. Kiranya macam pakai sunblocklah, tapi yang ini sunblock semula jadi.

Jadi, anda yang mempunyai kulit gelap tak payahlah sampai nak consumed ubat semata-mata nak putih sebab lastly effectnya dekat korang jugak tau!!  Daripada sihat tak pasal2 sakit.

Fakta 2:  Lambat Sunburn dan Susah Ada Jerawat

sawo matang pic

Macam tadi jugak, ‘sunburn’ yang cepat pada kulit putih ini pon disebabkan oleh melanin sifar. Kiranya macam kulit korang nipis.

Akhirnya akan menyebabkan gatal-gatal, kulit kering, ‘sunburn’ dan kemerahan. Bagi yang berkulit sawo matang ini, mereka sukar merasa kesan tersebut (ada tapi lambat) dan yang bestnya kulit orang yang sawo matang ini sukar untuk naik jerawat sebab kulit mereka terjaga dengan sel semulajadi daripada terdedah dengan kotoran.

Mesti tiba-tiba rasa nak berkulit bersawo matang pulak kan? Mana tidaknya zero jerawat ini idaman semua wanita.

Fakta 3 : Proses Penuaan Lambat

Seperti yang kita ketahui, kulit yang kerap terdedah dengan matahari lebih mudah nampak tua iaitu bagi mereka yang berkulit cerah, dibandingkan dengan berkulit sawa matang atau hitam manis.

Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit sawo matang akan melambatkan tempoh penuaan termasuklah mengatasi kenaikkan pigmentasi, kedutan dan jeragat di wajah.

Fakta 4: Tubuh Berfungsi Lebih Sempurna dan Sihat

Seperti yang kita ketahui melanin digunakan untuk menentu warna kulit dan rambut seseorang. Tetapi sebenarnya, melanin juga adalah sumber yang dapat mengekalkan fungsi tubuh kerana melanin dapat membantu otak dan saraf berfungsi dengan baik, membantu menguatkan kadar penglihatan serta menggalakkan pertumbuhan sel.

So, disebabkan individu berkulit sawo matang ini banyak melanin, kita boleh cakap yang diorang lebih sihat lah kan?

Fakta 5: Mengurangkan Risiko Kelahiran Bayi Cacat

Inidividu yang berkulit sawo matang mempunyai risiko lebih rendah untuk melahirkan anak cacat kerana melanin dalam kulit mereka melindungi DNA daripada berlakunya kerosakan akibat pancaran matahari.

Bagi ibu mengandung yang memiliki kulit jenis itu, ia dapat memberi kesan yang baik kepada kesihatan janin. Tapi, bila anda baca ini janganlah pulak mereka yang berkulit putih nak gugurkan kandungan sebab takut anak cacat. Itu dah rezeki korang okey!!!

Fakta 6: Lebih Seksi dan Anggun

Jika dibandingkan dengan orang berkulit cerah, orang yang memiliki kulit sawo matang ini juga adalah lebih berseri dan anggun jika    dimakeup dan yang istimewanya mereka susah untuk naik jerawat atau pun bintik pada wajah. So, bila dimakeup wajah mereka lebih anggun dan seksi jika warna yang dimainkan pada muka mereka sesuai.

Fakta 7: Menguatkan Tulang

Orang berkulit sawo matang mempunyai vitamin D3 lebih banyak dan dengan bantuan sinar UV ia dapat membentuk kalsium dalam badan. Untuk tempoh jangka panjang, ia dapat mengurangkan risiko osteoporosis!!

PRODUK PEMUTIH KULIT?

Lambakan produk pemutih kulit di pasaran wujud disebabkan keghairahan wanita untuk memiliki kulit seputih salju tanpa mengetahui kesan sampinganya.

Berikut adalah info yang anda perlu ambil tahu sebelum mencuba sebarang makanan produk tambahan untuk memutihkan kulit!!!

  • Asid aristolochic yang lazim ada dalam suplemen herba, telah dikenal pasti boleh menjadi sangat toksik kepada buah pinggang.
  • Pencemaran makanan tambahan dengan logam berat seperti merkuri, arsenik atau plumbum juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang ketara.
  • Pengambilan Vitamin C berlebihan yang dimetabolismekan kepada beberapa produk sampingan pemutih kulit termasuk oxalate boleh menyebabkan pemendapan secara meluas dalam tubuh, buah pinggang dan menghasilkan pembentukan batu.
  • Dos vitamin D yang berlebihan boleh menyebabkan toksik dalam badan dan kandungan terlalu banyak kalsium (hypercalcemia) dalam produk boleh menyebabkan masalah batu karang.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bagi golongan dewasa, jumlah harian yang disyorkan  Vitamin C adalah 60 hingga 100 miligram (mg).

Tidak digalakkan untuk mengambil  Vitamin C melebihi 2000mg sehari.

Wanita jangan terlalu ghairah mengambil supplements dan makanan tambahan tanpa membaca ramuan.

Sebaiknya mintalah  nasihat pakar sebelum mengambil supplements sebab kemungkinan ianya boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

So, di sini kami kongsikan 5 Tips Nampak ‘Glowing untuk gadis berkulit sawo matang!

5 TIPS NAMPAK ‘GLOWING’ UNTUK GADIS BERKULIT SAWO MATANG

kulit sawo matang

1. Pemilihan ‘Foundation’ yang Betul

Foundation adalah base untuk menjadikan kulit kita sekata dah lebih halus. Tapi korang kena make sure jangan pilih warna yang lebih terang daripada kulit kita sebabnya kulit kita akan kelihatan kusam dan kelabu. Pilih code warna yang sesuai untuk kulit korang oke.

2. Pemilihan Warna ‘Eye Shadow’ yang Betul

Untuk wanita  yang berkulit sawo matang, cuba elakkan memakai eyeshadow berwarna pink kerana ianya boleh menampakkan mata korang lesu dan kusam. Orang yang berkulit sawo matang lebih sesuai mengenakan eyeshadow berwarna coklat atau warna-warna yang gelap. Matchkan juga bersama warna hitam untuk kesan yang lebih bold dan intense. Jangan lupa untuk letak sedikit highlighter atau eyeshadow berwarna cerah dibahagian kelopak mata untuk mendapatkan kesan yang lebih wow gitu.

3. Elakkan ‘Blusher’ berwarna Pink

Wanita yang memiliki kulit sawo matang sebaiknya memilih warna blusher yang agak “warm”. Elakkan memakai blusher warna pink dan sebaiknya pilih blusher undertone seperti warna orange atau merah bata. Warna ini lebih sesuai untuk yang berkulit sawo matang.

4. “Go Nude or Go Bold”

Penggunaan gincu berwarna nude menyerlahkan kulit wanita berkulit sawo matang kerana akan nampak lebih natural.

5. Guna “Loose Powder”

Gunakan loose powder ataupun bedak yang berwarna natural supaya kulit korang lebih sekata dan tidak lari dari tone asal kulit korang.

Rumusan

So, korang yang berkulit gelap dekat luar sana jangan malu okey! Tak kesahlah hitam ke putih ke, orang nak mengata pasal kulit korang tak bersih ke, jangan dengar okey!  Kita tetap ada kelebihan masing-masing.

Pandangan bahawa kulit cerah lebih menarik adalah sangat subjektif dan sepatutnya kita berbangga dengan apa juga jenis kulit yang dikurniakan Allah kerana dalam kekurangan yang kita rasa sebenarnya ada kelebihan yang kita tak nampak.

sawo matang 6

“You are beautiful as you are ”.