Isi Kandungan Artikel

BB CREAM? CC CREAM? DD CREAM? ATAU FOUNDATION?

Hai gugirls! Sis curious lah, agak2nya anda tahu tak apa perbezaan ke-empat2 krim muka ini? Untuk pengetahuan anda sebenarnya BB cream, CC cream, DD cream and foundation ini berbeza sangat2!

Nama pon dah lain betul tak? Walaupun teksturnya nampak macam sama je, tetapi ia diformulasikan mengikut keperluan yang berbeza2.

PENTING KE PEMILIHAN BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM DAN FOUNDATION?

Macam yang sis dah bagitahu tadilah, keperluan untuk ke-empat2 krim inikan berbeza, so dah confirmlah kesemua krim ini tak semestinya sesuai untuk jenis muka anda.

Contohnya, anda jenis muka berjerawat, takkanlah nak apply foundation? Lagi berminyak wajah anda adalah! So, mungkin anda boleh bertukar kepada BB cream. That’s why pentingnya nak tahu perbezaan ke-empat2 krim muka ini!

Dah jelaskan sekarang? Jadi, memandangkan ramai gigurls dekat luar sana masih 50/50 tahu kebenaran mengenai keempat2 krim muka ini, Jom kita sama2 kupas dalam blog sis harini!

BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM DAN FOUNDATION

BB CREAM

CARA MENGGUNAKAN BB CREAM

BB cream, aka ‘kecantikan balm’ atau ‘blemish balm’ adalah produk yang sering kali dikaitkan dengan perawatan kulit. That’s why sesiapa yang jenis muka bermasalah, lebih sesuai menggunakan BB cream.

Ia menawarkan perlindungan daripada sinar matahari (UV) dan juga agen penghidrasian yang bagus.

And bukan setakat tu je gaiss! BB cream juga mampu menutup ketidaksempurnaan pada wajah kerana sifatnya yang full coverage.

Wow dahlah merawat kulit, full coverage pulak tu! Mesti ada yang dah terfall in love dengan BB cream ini kan?

BILA NAK GUNA BB CREAM?

PLEASE…PLEASE…PLEASE!! Memanglah BB cream ini merawat kulit tetapi janganlah pakai sampai 24/hours! Kadang2 tu sampai tidur anda pakai. Nanti tak pasal2 daripada merawat terus merosakkan kulit wajah. Ingat okey!

Kalau sis, sis suka apply BB cream time nak keluar rumah, lagi2 time rushing nak pergi kolej sebab ianya boleh meggantikan primer and moisturizer.

Yelah…bila dah lambat nak masuk kelas tetapi tetap nak nampak glowing memang BB creamlah pilihan sis. Simple but perfect look!

BB CREAM ATAU FOUNDATION?

Okeyy…BB Cream memanglah full coverage tetapi coverage yang dihasilkan tidak setebal foundation. So, even seharian pakai BB cream, anda akan rasa ringan je muka!

Untuk pengetahuan anda juga, BB cream tidak mempunyai banyak shades seperti foundation. Shades ini kiranya warna cream itulah.

Shades yang dihasilkan oleh BB cream asasnya lebih kepada warna2 yang soft gituw seperti light and medium colour. Tetapi, foundation cakap je nak warna apa semua ada! Nak pekat? Nak cair? Yang penting pilih shades yang bersesuaian dengan warna kulit anda…okey!

KANDUNGAN BB CREAM?

Krim muka yang asalnya popular di Korea ini diformulasikan dengan:

 Mineral
  • Multitasking
  • Menghidrasi kulit
  • Memberikan kemasan yang licin kepada kulit
  AHA
  • Agen pencerahan kulit wajah.
 SPF (20-35)
  • Perlindungan daripada sinar UVA dan UVB.

Patutlah BB cream ini popular dekat korea kan….keistimewaanya sangat2 memberi impak yang besar kepada kesihatan wajah dan keterampilan yang menawan!

CC CREAM

giphy apply face make up

Tekstur dan coverage yang paling ringan diantara semua make-up base dengan kemasan sedikit concealer, juga digelar sebagai pegganti face primer. YES!!! Itulah dia CC cream.

CC merupakan singkatan untuk ’Color Correction’ or ‘Complexion Corrector’ yang meggambarkan bahawa ianya perfect untuk penutupan cela dan tona tidak sekata!!!

Kecil2 cili padi tau!! packaginnya comel je tetapi keberkesannnya jangan ceritalah…sekali je calit gaiss terus glow glowing gituw!

SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN CC CREAM?

Sesiapa je boleh guna gaiss! tetapi bagi sis CC cream ini lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit teruk (breakout) atau masalah penuaan untuk mereka yang dah berusia.

Ini kerana selain daripada teksturnya yang ringan dan tidak tebal, CC cream juga berupaya menutupi masalah kulit seperti tona tidak sekata, garis2 halus, kedutan dan iritasi. Haaa…barulah muka itu nampak licin je!!!

JENIS CC CREAM

Untuk pengetahuan anda, ada 2 jenis CC cream mengikut kesesuaian kulit, iaitu:

 JENIS CC CREAM           DESKRIPSI
 CC cream tanpa minyak
  • Sesuai untuk kulit berminyak
 CC cream menghidrat
  • Sesuai untuk kulit kering

So, lepas ini dah tahukan nak pilih CC cream yang mana satu? Tengok kandungan sebelum pilih okey!!! Pastikan sesuai dengan jenis kulit anda!

APAKAH KANDUNGAN CC CREAM?   

Sebenarnya depends jugak dekat formulation sesuatu produk itu sendiri. But, kandungan yang sis share kat bawah ini kiranya kandungan yang wajib adalah…faham?

 KANDUNGAN            PENERANGAN
 Titanium Dioxide
  • Melindungi kulit daripada sinar UVB dan UVA.
 Zinc Oxide
  • Merawat kerengsaan kulit seperti ruam, kulit mengelupas dan luka kecil.
Niacinamide
  • Membuang sel kulit mati.
  • Merangsang pembaharuan sel.
 Lycopene
  • Menyamarkan cela pada kulit.
  • Menjadi sumber vitamin C untuk kulit.
 Mineral
  • Menyerap kelembapan.

DD CREAM

Okey…’DD’ adalah singkatan untuk ‘daily defence’ atau ‘dynamic do all’ atau ‘diminish’.

Specialnya DD Cream ini ialah ianya merupakan gabungan fungsi BB Cream dan juga CC Cream! Tetapi tetap rasa ringan bila pakai. M asih tidak teballah kiranya!

DD CREAM

FUNGSI DD CREAM

Kalau dah terang2 ianya gabungan 2 jenis cream yang sis dah bagitahu tadi, dah sah2 lah fungsinya pon multitask. Betul tak?

DD cream merupakan krim multivitamin yang menentang tanda-tanda penuaan dengan cara mengurangkan garis halus dan kedutan.

Bukan itu je tau! Malah, ia juga membantu menyeimbangkan tona kulit serta melindungi bahagian2 sensitif di wajah.

So, janga risau! Kalau anda ini jenis kulit terlalu sensitif, guna je DD cream…okey!

FOUNDATION

FOUNDATION CREAM, BB

Hello! Siapa je yang tak pernah pakai foundation? Sebab boleh dikatakan foundation ini tersangat2 popular dari dulu lagi. Lagi2 sebelum wujudnya BB, CC and DD cream ini…kan?

Cuma, bezanya foundation ini tekstur dia terlalu tebal. Bagi sis kalau anda ini jenis kulit normal bolehlah apply foundation, tetapi kalau anda jenis kulit bermasalah sis cadangkan guna sama ada CC, BB atau DD cream tadi…okey!

Tetapi foundation memang produk perfectlah bagi sis. Ini kerana teksturnya itu mampu menutup cela, memperbaiki warna kulit, mengaburkan ketidaksempurnaan dan meratakan warna kulit.

Nak cerita pasal foundation ni panjang, so kalau anda nak tahu lebih lanjut baca artikel sis ni yang seterusnya ini…okey! Sis kupas menyeluruh mengenai foundation!

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI FOUNDATION”

RUMUSAN

Sekarang dah tahukan apa fungsi dan perbezaan keempat2 cream ini? Pastikan anda pilih cream yang mengikut keperluan kulit anda ya!

Now jangan pakai ikut suka lagi ok? And satu lagi sis nak pesan, janganlah time nak apply cream dekat muka dengan tangan yang kotor. Even anda rasa anda tak pegang sampah pon tetapi bakteria ini senang melekat pada tangan.

So, sebelum nak pakai cream di muka dengan menggunakan jari, cuci dulu bersih2 tangan itu…okey!

giphy makeup BB, CC, DD & foundation

Selamat mencantikkan diri gigirls!