Isi Kandungan Artikel

PACKAGING KOTAK MURAH? 

Sebagai seorang usahawan produk kosmetik, anda perlu membangunkan produk dan rancang strategi yang betul.  Ramai yang akan mencari packaging kotak murah tetapi tidak merancang tentang inovasi.

Pembungkusan adalah step paling terakhir dalam pengilangan produk and yes ianya memang tersangat2 penting!

Manakan tidaknya pembungkusan adalah bekas yang melindungi dan memelihara kualiti barangan sewaktu penghantaran, penyimpanan dan pamiran.

Bila dah pilih bungkusan yang sesuai, barulah tiada masalah bekas cairlah, melekitlah….faham? Bukannya pilih bungkusan asal cantik and wow je tau!

So, dah tahu ke jenis2 bungkusan yang sesuai untuk new product anda tu? If masih tercari2 or nak tahu apa fungsi bungkusan2 ni, Wajib baca artikel ini sampai habis…okey!

JENIS INOVASI PEMBUNGKUSAN PRODUK KOSMETIK

#1: CONTAINER

pembungkusan produk kosmetik container/kontena

Kebiasaannya, bekas jenis container ni sering dijumpai pada produk krim muka, pelembap bibir dan clay mask kerana ianya sesuai untuk kosmetik cair mahupun kering.

Nak container saiz besar? Kecil? Jangan risau semua ada! Ini kerana ianya didatangkan dengan pelbagai saiz daripada 20mm sehingga 60mm dan ternyata mampu menahan kandungan produk bermula daripada 25 ml sehingga 250 ml.

Ikotlah anda pilih saiz yang mana satu. Kalau pilih saiz besar tinggilah isipadu…faham?

BENTUK CONTAINER

Bekas container ini tak semestinya bentuk bulat je ada. Sekarang ini kalau anda cari dekat pasaran luar macam2 bentuk dah terjual!

diamond container packaging inovationbentuk container/ kontena produk kosmetik

Nak bentuk bulat? Bujur? Mendatar? Petak? Pusingan? Suka hatilah yang penting bekas itu bersesuaian dengan produk anda.

Janganlah pula anda nak buat perfume tetapi guna bekas container! Macam mana pulalah pelanggan anda nak calit pada baju…kan?

BAGAIMANA ‘CONTAINER’ DIHASILKAN?

Untuk pengetahuan anda, bahan yang digunakan untuk menghasilkan container ini sifatnya sangat ringan seperti:

  • Kaca
  • Akrilik
  • Kaca akrilik
  • Terephthalate polietilena

Sis sangat2 recommended bekas container ini kepada anda yang baru first time nak hasilkan produk sendiri! Sebab harganya tak terlalu mahal. Yelah…kalau apa2 jadi takdelah rasa besar sangat kerugian tu.

#2: CASING

Wahai penggemar lipstick, agak2nya anda tahu tak pembungkusan lipstick anda itu jenis apa?

Ha…kalau anda nak tahu pembungkusan lipstick anda tulah jenis casing.

casing lipmatte produk kosmetik

Selain daripada lipstick, casing ini pon popular untuk produk concealer tau! Alaaa….yang nak buat garisan pada muka itu. Daripada muka bulat nampak cekunglah macam2…

Ini kerana pembungkusan jenis casing inikan berbentuk kayu atau batang, so mudahlah nak buat kemasan garisan yang diimpikan itu.

JENIS CASING

Oke dah tahukan apa itu casing? Tapi mesti tertanya2kan casing ini ada macam2 jenis ke?

Yess!! Ada 2 jenis casing iaitu jenis manual (buka sendiri penutup untuk guna) dan yang kedua jenis tekan je terus lipstick tu keluar. Kiranya automatiklah…faham?

giphy lipstick packaging produk kosmetik

BENTUK DAN SAIZ CASING

Sama jugak macam container, casing ini pun ada pelbagai bentuk tau! Contohnya:-

  • Bujur
  • Silinder
  • Petak

Anda nak buat lipstick yang boleh memuatkan 15 ml isipadu? Jangan risau kerana casing didatangkan dengan pelbagai saiz dengan ketinggian yang paling maksimum 100 m yang boleh mengisi isipadu daripada 5ml hingga 15ml.

BAGAIMANA CASING DIHASILKAN?

Casing dihasilkan dengan menggunakan bahan2 seperti:

  • Plastik
  • Aluminium
  • Logam

 #3: COMPACT (KOMPAK)

compact packgingcompact packgingcompact packging

Dulu pembungkusan jenis compact ini popular untuk bedak kompak je. Tetapi sekarang foundation, blusher, bronzer pon dah guna style compact ini.

Maklumlah dunia dah makin maju…sampai packaging kosmetik pon dah up to date tau!

BENTUK DAN SAIZ COMPACT (KOMPAK)

Compact sangat sinonim dengan bentuk bulat dan petak. Selalunya bentuk bulat ini sering dijumpai pada bedak asas and blusher.

Kalau bentuk petak ini sesiapa yang peminat makeup mesti selalu jumpa. Ini kerana kebiasaannya, palet mata mesti akan menggunakan kompak jenis petak.

Saiz compact ini tak kisahlah anda pilih yang petak ke bulat ke, saiznya tetap sama!!! Iaitu bermula daripada 50 mm sehingga 200 mm.

#4: TIUB

Tiub biasanya digunakan untuk losyen, pencuci muka, gel. Ikutlah jenis kesesuaian tiub yang digunakan.

Lip gloss dengan gincu pon ada tau yang guna jenis tiub ini sekarang! Sis pon pengguna gincu dengan jenis pembungkusan tiub. Sebab nampak lebih unik gituw!

JENIS TIUB

Tiub jenis selenium tersangat2lah popular untuk founder gincu or lip gloss. And ia didatangkan dengan pelbagai warna! Nak warna merah? Pink? Jangan risau semua ada.

jenis pembungkusan tiub inovasi pembungkusan prduk kosmetik

 

 

Selenium tiub diperbuat daripada apa ye? Oke! Selenium tiub diperbuat daripada:

  • Logam
  • Plastik

So, bila pegang akan rasa ringan je!

SAIZ TIUB

Tidak seperti yang lain, pembungkusan jenis tiub ini tidak mempunyai saiz yang begitu besar dan banyak.

Ia hanya berdiameter 16mm sehingga 50mm yang berupaya mengisi isipadu daripada 5ml sehingga 240ml

#5: ROLLER BOLA

Pembungkusan yang paling mudah untuk dikenali! Kerana roller bola ini dia je yang berbeza.

Manakan tidaknya, ada ke anda nampak bentuk roller dekat tiub dan container? Ha…roller bola je yang ada kan? Contohnya, deodarant dan minyak wangi jenis calit.

Eh borak pasal roller ini teringat minyak wangi EDT yang menggunakan roller bola jenis kecil tu…nampak unik jekan!

roller bola pembungkusan deodarant

RUMUSAN

So, dah tahu apa perbezaan setiap bungkusan ini? Tetapi macam yang sis pesanlah jangan pula nak buat minyak wangi guna pembungkusan tiub tau!

Nak menampakkan produk unik pun biarlah berpadanan dengan kesesuaian produk anda…okeyyy