Isi Kandungan Artikel

ENTREPRENEUR

Sekarang ramai individu berlumba2 nak jadi seorang entrepreneur…betul tak? Manakan tidaknya selepas melihat kejayaan2 besar seperti Dato Aliff Syukri yang menjadi jutawan hanya disebabkan perniagaan terlajak laris beliau dan jugak contoh2 entrepreneur yang lain, terus macam2 perniagaan baru dibuka.

Contohnya, usahawan tudunglah, kosmetiklah…macam2! Tapi normallah kadang2 ada usahawan yang berjaya dan ada juga yang terpaksa menanggung kerugian…kan?

Terlalu banyak risiko dan cabaran yang perlu dihadapi sampai kadang2 rasa mengalah dengan diri sendiri betul tak? So, harini sis nak share 3 langkah mudah dan penting untuk bergelar seorang entrepreneur yang berjaya.

InsyaAllah kalau anda ada 3 benda ni 10 tahun dari sekarang nama dan perniagaan anda akan terpapar sebagai seorang contoh ahli perniagaan yang berjaya…Amin

3 TIPS MUDAH BERGELAR ENTREPRENEUR YANG BERJAYA

TIPS #1 : PRODUKTIVITI

entrepreneur

Secara mudahnya, produktiviti adalah output yang dikeluarkan lebih banyak daripada input. Eh apa maksudnya itu?

That’s means berapa banyak hasil yang kita dapat (output) daripada apa yang kita laburkan (input). Ianya lebih kepada kecekapan anda dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

Contohnya:

Kebiasaannya anda mengambil masa enam jam untuk menyelesaikan tugas, tetapi tiba2 hari ni 3 jam je tugasan dah siap. So, secara teknikalnya anda adalah seorang yang produktif. Jelas?

Macam mana nak jadi seorang yang produktif? Mesti anda tertanya2 kan? Nak jadi seorang yang produktif anda kena ada 3 elemen penting ini;

Produktiviti = Fokus x Tenaga x Masa

schedule

ELEMEN #1: FOKUS

Kalau anda kurang fokus, perhatian anda akan senang terganggu.

Perasan tak selalunye kita terlalu terkejar2…tugasan yang wajib tak siap lagi, tiba2 kita terus melompat dekat tugasan yang lain. Itu maknanya anda tidak fokus sebenarnya, hanya terburu2 tapi takda hasil.

ELEMEN #2: TENAGA

Sekiranya anda mempunyai fokus dan masa namun kurang tenaga, confirm anda akan cepat letih dan menjadi malas untuk melaksanakan tugasan.

ELEMEN #3: MASA

Sekiranya anda mempunyai tenaga dan fokus namun tidak mempunyai masa, akhirnya keje semua tergendala.

Sebab apa? Sebab anda tiada masa untuk menyiapkan tugasan.

Sebab tulah penjadualan tugasan sangat penting! So, anda dah tahu apa yang perlu disiapkan, apa yang perlu dibuat dahulu…..get it?

TIPS #2: KUASAI KEMAHIRAN RANGKAIAN (NETWORKING)

entrepreneur-networking

Networking atau komunikasi melalui rangkaian media bukanlah perkara yang asing lagi bagi kita semua. Yelah sekarang inikan zaman teknologi…semuanya hanya di hujung jari…kan?

And yes…usahawan memang memerlukan rangkaian aktif untuk mengetahui cara mendekati orang baru, menghadiri acara rangkaian dan membuat kenalan baru. So, dengan ini barulah dapat menarik minat audience mengetahui soal perniagaan anda.

Tetapi sayangnya ramai di antara kita tidak pasti harus bermula dari mana, apa yang harus dikatakan semasa kita berhubung dan bagaimana menjaga hubungan (komunikasi) itu.

So, baca sampai abis langkah di bawah ini untuk mengetahui bagaimana Tingkatkan Kemahiran Rangkaian Anda.

STEP #1: MINDSET

Rangkaian terbaik berasal daripada hubungan yang tulen, bukan pertukaran kad perniagaan. Kiranya naturallah bukannya mindset fikir just berkomunikasi dengan seseorang itu kalau dia nak beli barang anda je!

Kenalah still juga layan dia dengan hormat walaupun dia taknak beli barang anda. Bayangkan dia taknak beli tetapi dia perkenalkan dekat rakan2 atau keluarga dia yang lain…keuntungan anda juga yang meningkat kan?

So buang mindset anda yang fikir ‘oke layan dia baik kalau dia nak beli barang je!’…okey.

STEP #2: BINA HUBUNGAN

Tanya soalan yang bernas untuk membuat orang lain berfikir. Anda boleh mengetahui banyak tentang seseorang dengan kualiti soalan yang diajukan. Sama jelah macam anda buat Q&A atau survey tu.

So dari situ anda boleh tahu bagaimana nak tarik pelanggan dan siapakah sasaran pelanggan anda. Easy bukan?

Ambil contoh seperti Tony Robbins. Beliau sering menyatakan bahawa kualiti soalan berkaitan dengan kualiti hidup seseorang. Lebih banyak soalan berkenaan kehidupan, lebih ramai audience yang akan mengikuti anda.

TIPS #3: JADI PEMIMPIN

entrepreneur-LEADER

Setiap usahawan perlu menguasai prinsip asas kepemimpinan.

Tak semestinya nak bergelar pemimpin kena jadi CEO atau pengurus dulu tau!! Sekarang kan zaman teknologi…anda boleh mengembangkan pengaruh kepemimpinan anda di media sosial. Interesting kan?

Contohnya anda boleh memberi inspirasi kepada orang lain dengan idea yang bernas dan menjadi teladan kepada mereka.

Takyah susah2 anda lihat sendiri seperti instagram Alif Tegar. Kalau anda perasan setiap kali dia posting ramai viewers dan ramai yang share padahal dia just bagi pendapat berdasarkan isu yang terjadi je. And apa yang dinasihatkan itu bagi saya sendiri yang tengok betul and saya ikut. Besarkan pengaruh kepimpinan media sosial ini?

So, apa kaitan kepimpinan dengan keusahawanan? Bila anda dah tahu macam mana nak menjadi pemimpin secara automatik anda tahu bagaimana nak menarik orang mengetahui soal perniagaan anda dan tahu macam mana nak handle perniagaan anda itu….jelas kan?

RUMUSAN

Untuk bergelar seorang entrepreneur atau usahawan bukan mudah. Berbagai2 cabaran dan risiko yang perlu dihadapi….kan?

Tetapi ingatlah kejayaan terbesar kita bukanlah tidak pernah gagal, tetapi kita berani bangkit setiap kali kegagalan…okeyy.

“THE KEY TO SUCCESS IS TO START BEFORE YOU ARE READY”

SUCCESS

So, dah tahu tips bergelar entrepreneur, nak tahu pula apakah tips untuk tawan hati pembeli? Boleh click link di bawah ini….okey!

5 TIPS TAWAN HATI PEMBELI