Hari ni Kilang Kosmetik OEM nak kongsikan sedikit cara untuk anda yang bergelar founder produk, bagi memikat hati si pembeli produk anda. Kami faham sangat masalah anda founder-founder ni, bukan semua benda anda tahu dan dah tahu kan?
Jadi kami ada banyak tips nak sharekan ni buat anda, tentang bagaimana caranya untuk anda menawan hati bakal pembeli produk anda. Tapi untuk mudahkan pemahaman anda, kilang kosmetik oem kongsikan 5 dahulu ye..selebihnya kami kongsikan lagi kemudian. Anda selaku founder produk kena rajin-rajin ‘check’ blog kami ok.
Baiklah, mari kita mulakan..
Isi Kandungan Artikel
TIPS #1 – Content Monetization
Pertamanya, sebagai seorang founder produk, anda kena tahu untuk menghasilkan sesuatu content yang bagus. Ini kerana content yang bagus akan dapat menarik minat bakal pembeli untuk membeli sesuatu produk itu dari anda kerana kepercayaannya terhadap anda.
Anda mesti elakkan posting content yang syok sendiri, postkan content yang bakal pelanggan cari dan mahukan. Jika tidak tahu bagaimana untuk bermula, anda boleh mulakan dengan membuat post harian terlebih dahulu, dan dari situ cuba lihat post jenis yang bagaimana mendapat sambutan dan mempunyai ‘engagement’ yang tinggi.
Anda akan dapat melihat post yang berkaitan dengan isu semasa akan mendapat sambutan yang lebih tinggi, jadi banyakkan membaca dan mengambil tahu tentang isu-isu yang terjadi di sekeliling anda.
Jika anda menghasilkan sesuatu produk berkaitan kulit, cuba memberikan info yang berilmiah dan berkaitan dengan kulit yang boleh di selesaikan masalahnya dengan menggunakan produk yang anda hasilkan. Ketengahkan bahawa setiap masalah boleh di selesaikan dengan lebih cepat jika menggunakan produk yang berkualiti dan terjamin selamat.
TIPS #2 – Gambar Menarik
Ye betul..! Jika anda seorang founder produk yang ‘alert’, anda akan dapat mengenal pasti bahawa gambar yang berkualiti, jelas dan menarik akan menghasilkan banyak like dan komen, jika anda meletakkan CTA yang betul.
Dengan gambar yang menarik juga akan membolehkan anda untuk menarik perhatian bakal pembeli anda untuk ‘follow’ dan setia dengan page anda.
Cuba anda lihat dan tengok page-page besar yang mempunyai ramai ‘followers’, mereka mampu mempunyai ramai pengikut kerana mereka menjaga page mereka dengan teknik-teknik menghiasi page dengan gambar-gambar yang ‘eye-catching’!
TIPS #3 – LIVE
Salah satu teknik yang berkesan juga adalah dengan menggunakan teknik ‘LIVE’. Ini kerana live juga dapat memberikan kesan yang baik kepada pendengar dan penonton, tapi pastikan live yang anda buat itu tersusun dan terancang. Berikan input-input yang baik kepada penonton anda. Maklumat dan manfaat yang mereka tidak bosan.
Bincangkan perkara-perkara yang sepatutnya, banyak perkara yang boleh di bincangkan sewaktu live tersebut berjalan, tak perlu fikir yang terlalu susah, boleh je bermula dengan membuat contest!
Contest yang menawarkan sesuatu seperti hadiah dan sebagainya dapat menarik minat orang ramai untuk menonton dan mendengar celoteh anda. Bawakan perwatakan yang menarik dan santai selaku founder produk, biarkan mereka merasakan seolah mereka itu dekat dengan anda. Lakukan ‘2 ways of communication’ barulah sesi live tersebut tidak sendu dan lebih meriah.
TIPS #4 – Q&A
Jangan jadi founder yang syok sendiri, jadilah founder produk yang mendengar masalah bakal pelanggan anda. Dari situ anda dapat menyelesaikannya dengan produk anda tadi. Boleh wujudkan sesi Q&A, soal jawab antara anda dan mereka yang mengikut anda.
Di mana nak buat Q&A?
Sebenarnya, di sosial media hari ini sangat terbuka, anda boleh bermula membuat sesi soal jawab ini di platform seperti Intagram story, fb story, whatsapp story, intagram feed, facebook feed, twitter dan sebagainya.
Contoh jika anda founder untuk produk bibir, tanya la followers dan kawan-kawan anda apa masalah bibir mereka yang selalu merekah dan tidak lembab.
Kan..banyak cara untuk selesaikan masalah bakal pembeli anda, yang tercari-cari solusi mereka. Anda selaku founder produk hanya perlu bermula dan mengambil tindakan.
TIPS #5 – SURVEY
Founder produk yang bijak, ramai menggunakan teknik survey dan bertanya kepada bakal pelanggan. Mereka bijak dengan mencari masalah di alami pelanggan dan menawarkan mereka dengan manfaat produk yang di hasilkan. Ternyata ianya amat berkesan!
Macam mana?
Baiklah..
Sebagai contoh, anda wujudkan pertanyaan yang berbaur seperti perbandingan, “Sis nak tanya lah..kalau sis nak keluarkan 1 produk bibir ni, korang suka warna X atau Y..?
Nak menjadikan ianya lebih menarik, letak atau tunjukkan sekali gambar.
Kilang kosmetik oem harap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda yang ingin menghasilkan produk pada masa akan datang untuk mempunyai idea-idea yang baru dan dengan idea ini mampu membantu anda untuk tingkatkan keyakinan anda terhadap produk yang anda hasilkan.
Jika berminat nak tahu tips apa selebihnya, komen ‘NAK’ sekarang!