Isi Kandungan Artikel

RAMBUT ROSAK SALAH PILIH POMADE?

 

Asyik kongsi tips untuk gegirl je kan. Apa kata kali ini abg Joe share tips untuk boys pulak? Hehehehe….Hari ini abg Joe akan share serba sedikit info yang mungkin berguna untuk para jejaka di luar sana berkaitan dengan pomade!!!

“Kau pakai pomade apa nampak smart?” mesti ayat ini biasa digunakan oleh boys bila tengok member dia hensem semacam je kan?

And confirm bila anda dapat tahu je jenis pomade tu, anda akan terus beli dan pakai. Padahal anda tidak tahu pon jenama itu sesuai atau tidak dengan jenis rambut anda.

So, apa yang abg Joe nak jelaskan dekat sini ialah kebiasannya kebanyakan lelaki salah step dalam penggunaan pomade ini. Actually guys,  kita tak boleh tau nak main guna je, silap2 nanti mendatangkan kesan kesihatan yang buruk juga dekat diri anda!!! Tak takot ke?

Ha nak tahu tips pilih pomade yang betul? Baca sampai habis 3 Tips Pemilihan Pomade Yang Betul ini….okeyy!!

 

#TIPS 1 : KETAHUI JENIS RAMBUT

 

pomade-tips 1

 

Perkara pertama yang anda kena tahu ialah jenis rambut anda. Sama ada rambut anda  jenis lurus ke? kerinting? lembut ? atau kasar? Abg Joe cakap ni bukan main cakap je sebab setiap jenis rambut tu ada jenis pomade dia sendiri.

Ingat!! Anda tak boleh main pakai je pomade yang anda suka. Inilah punca sebenar rambut anda jadi rosak.

Bila anda dah tahu jenis rambut anda, senanglah untuk cari jenis pomade yang sesuai…betul tak?

Bagi gegirl pun kena tahu jugak jenis rambut suami or boyfriend anda tau. Manalah tahu nak hadiahkan dorang pomade ke kan? So nanti takdelah salah beli pomade…okay

 

#TIPS 2 : KETAHUI JENIS FAVOURITE HOLD

 

pomade-tip2

 

Abg Joe nak bagitahu anda something ni. Pomade pun ada berbagai jenis hold, bukan rambut je ada macam2 jenis tau!

Ini kerana, setiap produk yang dihasilkan mempunyai tekstur tersendiri. Ada yang heavy, medium and light.

Okay, jangan pening-pening,  bagi abg  Joe terangkan sikit tentang tekstur2 tu,

 

#1: Heavy

Tekstur agak keras dan agak susah sikit nak colek. Dia punya hold jangan cakap lah, ribut pun tak boleh gerakkan rambut korang tu. Hahahahaha…

 

#2: Medium

Tekstur yang tak keras dan tak berapa lembut, dia sedang sedang je. Hold dia pun takdelah macam kena simen rambut tu. Medium ni kira perfect la.

 

#3: Light

Tekstur yang lembut and sedap je rasa time nak colek tu. Untuk dia punya hold, macam orang selalu cakap “asal pakai je” sebab dia ni tak berapa hold. Kiranya asal nampak je pakai pomade.

So, bagi Abg Joe sendiri medium is the perfect one la orang kata. Sebab abg Joe sendiri pun pakai yang medium. Korang boleh pilih sendiri yang mana korang punya favourite hold…okay

 

#TIPS 3 : JENIS BAU YANG SESUAI

 

pomade- tips3

 

 

Abg Joe nak pesan kalau anda beli pomade tu tolonglah pilih bau yang elok sikit.  Bukan apa, kadang kadang bau dia tu menusuk kalbu tau.

Hal ini akan menyebabkan orang sekeliling kita rasa tak selesa. So, pomade ni ada yang bau keras dan lembut.

Bau keras ni more to bau bau yang mengancam la. Orang kata tu betul betul bau lelaki la. Hahahaha.

Bau soft (lembut) ni pulak sedap je kalau kita hidu. Dia berunsurkan bau buah-buahan. Contohnya, bau anggur, epal, strawberry dan banyak lagi.

Bagi Abg Joe, bau soft menjadi pilihan hati sebab even admin ni seorang lelaki tulen, admin tak berapa suka bau yang keras-keras. Hahahaha. Setiap orang ada cita rasa sendiri kan? So pilihan kat tangan anda! 🙂

 

RUMUSAN

 

Hope perkongsian daripada abg Joe berguna buat jejaka yang tercari2 bagaimana nak pilih pomade yang betul.

Mungkin banyak lagi tips tips tentang pemilihan pomade yang betul, tapi ini apa yang penting bagi abg Joe la.

So, lepas baca artikel ni rasa rasanya dah berani belum nak try pakai pomade ? Tapi please ikut tips yang abg Joe share ni okay ! Jangan tersilap nanti padah menimpa.

Jika nak tahu pasal jambang, boleh baca artikel  Abg Joe tentang MINYAK JAMBANG PALING BERKESAN.