Isi Kandungan Artikel

KENAPA ADA BANYAK PRODUK JAMBANG (BEARD)?

Sebelum tu  Abg Joe nak tanya anda dah tahu jambang jenis apa yang anda inginkan? Panjang? Pendek? Nak jambang kelihatan berkilat? Atau suka kemasan matte? Produk jambang yang mana nak guna eh?

Anda tahu ke samaada kulit anda lebih kering? Atau terlalu berminyak? Eh apa kaitan dengan produk jambang? Mesti anda keliru dengan soalan admin kan?

Okey…seperti yang diketahui penjagaan jambang penting bagi penampilan kemas si jejaki. Tetapi seperti wanita yang memerlukan produk kosmetik yang betul, begitu juga dengan lelaki.

Pemilihan krim jambang (beard) yang bersesuaian dengan jenis kulit penting supaya dapat mengelakkan risiko kesihatan yang lain. Contohnya, jambang akan kelihatan kering, kusut dan berbau.

So, Abg Joe nak share beberapa jenis produk jambang dan perbezaannya, memandangkan setiap produk memiliki fungsi yang berbeza2 tau…

Jika anda nak tahu ciri-ciri minyak jambang paling berkesan, teruskan membaca.

3 JENIS MINYAK JAMBANG DAN PERBEZAANNYA

PRODUK #1: BEARD OIL (MINYAK JAMBANG)

beard oil

Apa itu beard oil?

Beard Oil adalah pelembap ringan berasaskan minyak. And yes tujuan beard oil  adalah untuk menjaga kelembapan jambang serta mendorong pertumbuhan yang kuat dan sihat.

Bukan itu je tau! Bagi jejaki yang nak jambang kelihatan berkilat, abg Joe memang recommended beard oil ini okay! Yelah dah nama pun oil. Memang dah sifatnya bersinar dan berkilau…betul tak?

Apa kandungan beard oil?

Untuk pengetahuan anda beard oil didatangkan dengan minyak pembawa seperti jojoba, argan dan badam manis.

And then minyak pembawa ini pula akan dicampurkan dengan minyak pati seperti kayu cedar (cedarwood) dan nilam (patchouli) yang akan memberikan aroma dan nutrien pada jambang.

Tetapi kandungan ini juga bergantung kepada idea produk yang dibuat tau! So, before beli tengok dulu deskripsi kandungan produk…okay?

giphy beard

Kelemahan beard oil

Satu je kelemahan beard oil ini, bila anda pakai takdelah dapat nak membentuk jambang menjadi titik menyenangkan. Tak dapatlah nak buat style macam Wak Doyok ke…

Sebab beard oil hanyalah minyak semata-mata dan styling hold dia tidak  kuat.

MAKLUMAT TAMBAHAN : Beard oil berfungsi paling baik apabila digunakan setelah mandi kerana jambang yang sedikit lembap. So, folikel rambut serta pori-pori akan terbuka dan ianya siap menyerap minyak.

PRODUK #2: BEARD BALM (BALSEM JAMBANG)

beard balm- jambang

Apakah beard balm?

Actually, beard balm pun mempunyai sifat yang sama dengan beard oil, cuma ia lebih tebal dan memberikan sokongan sepanjang hari. Kiranya tahan 24 hours lah.

Satu lagi benda yang membezakan beard balm dengan beard oil adalah beard balm berasal daripada minyak hibrida (oil hybrid) dan lilin jambang (beard wax).

Apa kandungan beard balm?

Bahan utama biasanya adalah lilin lebah (beeswax), minyak pembawa (carrier oil), mentega koko dan pelbagai agen penyaman lain yang memberikan kepekatan pada produk.

So, kalau anda pakai produk beard and tekstur dia rasa agak berat tetapi still selesa. Maknanya yang anda pakai itu adalah beard balm…jelaskan?

Boleh ke guna beard balm dan beard oil serentak?

Jawapannya, Yes!! Caranya, gunakan beard oil selepas mandi dan sebelum tidur supaya minyak dapat berfungsi dengan ajaibnya semalaman.

Apabila anda bangun, gunakan pula beard balm untuk memastikan jambang anda tetap berbentuk, bergaya dan terhidrasi sepanjang hari.

Pastikan menggunakan cara yang betul tau!!!

PRODUK #3: BEARD WASH

beard wash-jambang

Jejaka kat luar sana , Abg Joe tahu tak semua yang sedar tentang pentingnya penggunaan beard wash…kan? Beard wash ini maksudnya pencuci jambang atau syampu jambang.

Jambang ini pun macam rambut anda jugak, memerlukan syampoo supaya terhindar daripada bakteria. Boleh berbau tau kalau anda biar je tanpa menggunakan beard wash!

Macam yang  Abg Joe dah cerita dekat artikel sebelum inilah, (5 Fakta Menarik Lelaki Berjambang Menurut Kesihatan), jambang merupakan perangkap debu. So, anda boleh bayangkan tak kalau anda tak cuci debu2 tu? Kotor tau!!!

Ada beza ke syampu biasa dan syampu jambang?

Good question!! Untuk pengetahuan anda, syampu biasa dapat menghilangkan janggut sedikit demi sedikit. Macam rambut gugurlah.

Bukan itu je tau! Syampu biasa juga boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada jambang. Kesannya, jambang akan kelihatan kering dan rapuh.

Tetapi kalau anda menggunakan syampu jambang (beard wash), ia akan membersihkan jambang anda secara menyeluruh tanpa kesan sampingan yang merosakkan. But, pastikan beard wash yang dipakai bersesuaian dengan anda okey!

RUMUSAN

Nak tumbuh jambang ini memang senang tetapi nak jaga supaya ia sentiasa kemas dan sihat sangat susah. Betul tak guys?

Hopefully lepas je  Abg Joe dah terangkan jenis dan perbezaan setiap produk penjagaan jambang ini, anda dapat memilih produk mana yang diperlukan…okay?

But cadangan  Abg Joe, sebaiknya anda menggunakan ketiga-tiganya! Barulah dapat merasai khasiat daripada setiap produk iaitu beard oil, beard balm dan beard wash.

Tetapi pilih kandungan produk yang bersesuaian dan tidak mendatangkan kesan pada kesihatan okay!!