Isi Kandungan Artikel

MEMILIKI JAMBANG BAIK UNTUK KESIHATAN?

Ramai yang tidak tahu sebenarnya memiliki jambang baik untuk sistem kesihatan tubuh badan seseorang. Pada pendapat admin sendiri lelaki yang memiliki jambang ni nampak hensem dan lebih bergaya gitu! tapi sebenarnya apabila dikaji, rupa2nya banyak kelebihan lelaki berjambang ini.

Admin bukan cakap kosong tau! Beberapa kajian daripada pakar kesihatan telah membuktikan bahawa jambang dapat menangani bakteria berbahaya, sementara yang lain mendapati janggut bermanfaat dalam mengurangkan barah kulit.

Bak kata Dr Harvey, “Manfaat memiliki jambang atau janggut adalah perlindungan, dan juga estetika.” So, nak tahu apa kelebihan lain lelaki berjambang ini? baca sampai habis 5 FAKTA MENARIK LELAKI BERJAMBANG MENURUT KESIHATAN di bawah ini.

5 FAKTA MENARIK LELAKI BERJAMBANG MENURUT KESIHATAN

FAKTA 1 : MENGURANGKAN GEJALA ASMA DAN ALAHAN

fakta lelaki berjambang

Untuk pengetahuan anda, jambang ini diibaratkan seperti lapisan ozon yang menapis debu2 dan bakteria. Jambang akan menyaring alergen dan bakteria udara lain untuk menjauhkannya dari mulut untuk meningkatkan kesihatan.

Jadi, asma dan alahan adalah disebabkan debu yang datangnya dari udara betul tak? So, bila dah berjambang ni anda faham2lah, pastinya risiko terkena asma dan alahan akan berkurangan.

But, janganlah pulak mentang-mentang dah ada jambang anda tidak mahu konsultasi doktor berkenaan dengan masalah alergi dan asma anda!! Takdelah admin cakap bila berjambang ni anda terus sembuh daripada penyakit, tetapi sekurang-kurangnya tidak adalah kekerapan. Takdelah sikit2 je semput, alergi. Faham?

Ingat, lebih besar janggut yang disimpan, lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari. Just pastikan jambang anda dibasuh dengan kerap dan dijaga rapi….okey?

FAKTA 2 : SUNSCREEN SEMULAJADI (NATURAL)

a man on the beach

Nak dibandingkan dengan wanita lelaki lebih terdedah dengan sinaran matahari dan lebih susah kalau dalam bab penjagaan muka ini. Maklumlah kaum lelaki ini tak macam perempuan, skincare berlambak, kalau lelaki ini kurang terdedah dengan penggunaan skincare, betul tak?

Menurut satu kajian dari University of Southern Queensland, jambang menyekat sehingga 95 peratus daripada sinaran UV matahari. Jambang menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap sinar UVB daripada sinar UVA. Hal ini dapat memainkan peranan yang besar dalam mencegah pembentukan sel-sel yang membahayakan kesihatan kulit

Macam mana nak tahu jambang ni dapat menjadi natural sunscreen? Ha, kalau anda nak tahu, jumlah perlindungan UV bergantung pada panjang dan sudut jambang anda. Jambang yang lebih panjang akan memberi lebih banyak perlindungan, tetapi masih penting untuk menggunakan pelindung matahari ketika anda keluar….okey!

FAKTA 3 : MENGURANGKAN RISIKO KANSER

fakta lelaki berjambang

Wow, lelaki berjambang boleh mengurangkan risiko terkena kanser tau! Hal ini kerana pendedahan kepada sinaran UV matahari sedikit sebanyak menyumbang kepada pembiakan sel-sel bahaya pada muka. Sel-sel ini boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit kanser.

Contohnya seperti sinar UVB. UVB ini akan memerahkan kulit dan menyebabkan selaran matahari, yang boleh menyebabkan barah bukan melanoma.

Oleh itu, dengan adanya jambang, risiko ini dapat dikurangkan sama sekali. Bukan setakat melindungi muka daripada sinar UV je tau!

Tetapi, admin nasihatkan tetaplah menjaga kesihatan mengikut anjuran doktor, barulah kesihatan anda double triple sihat…OKEY.

FAKTA 4 : MENCEGAH JANGKITAN BAKTERIA (Bye,bye, acne!)

fakta lelaki berjambang

Menurut kajian, punca utama ruam, jerawat dan keradangan folikel pada wajah lelaki adalah disebabkan aktiviti bercukur. Sebenarnya, alat pencukur juga boleh menyakitkan kulit serta menyebarkan bakteria pada folikel rambut. Jadi, bila anda bela jambang, takdelah masalah bakteria ni sebab anda tak perlu nak bercukur betul tak?

And one more thing, bila tak mencukur jambang, pori-pori di kulit anda secara semula jadi dilindungi daripada bakteria yang mungkin masuk dan menyebabkan jangkitan. Bakteria ini datang daripada pelbagai sumber dan berpotensi menjadi sangat berbahaya jika mempunyai portal untuk mengakses kulit anda.

So, mencukur akan membuka portal tersebut dan membiarkan semua bakteria itu masuk. Kiranya, bila ada jambang ni tertutuplah portal tu…faham?

FAKTA 5 : MENGATASI “THROAT DISEASE”

giphy throat disease

Seperti yang sis dah share dekat atas tadi, jambang sememangnya dapat membantu menghalang bakteria daripada udara masuk ke dalam mulut dan sekaligus dapat menempis udara yang kotor masuk ke dalam kerongkong.

Yelah kalau ikut logik, kita hirup nafas ikut mulut dan hidung, kan? And akan terus masuk ke dalam peparu melalui kerongkong. Apabila jambang yang berfungsi sebagai panapis debu ni ada, pastinya udara yang masuk melalui kerongkong ini bersih dan tiada bakteria. So, kuranglah risiko untuk seseorang menghidapi penyakit “throat disease yang disebabkan bakteria ini.

RUMUSAN

Kesimpulannya, janggut lebih dari sekadar aksesori wajah yang meningkatkan penampilan seorang lelaki, ia juga merupakan alat yang mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Namun, tak semua lelaki suka bila berjambangkan? Ada yang anggap ia suatu yang merimaskan. Tetapi, bila dah baca ni agak2nya naik tak semangat anda nak berjambang? But, please  pastikan anda menjaganya dengan betul tau! Barulah nampak kemas dan kesihatan pon terjaga…okey!

So, anda yang dah bersemangat nak menjaga jambang tu boleh baca artikel seterusnya ini untuk mengetahui apa perbezaan kesemua produk jambang dan bagaimana nak memilih produk jambang yang betul. Jangan lupa click…okey.

” MINYAK JAMBANG PALING BERKESAN “