Isi Kandungan Artikel

APA ITU SKINCARE?

Dari segi istilah, skin care merupakan produk yang digunakan manusia untuk membersihkan, mencantikkan, mempromosikan daya tarikan atau mengubah rupa tanpa menjejaskan struktur dan fungsi badan.

Tidak dinafikan lagi memang zaman sekarang semua orang berpusu-pusu nak jadi cantik tidak kira peringkat umur. Disebabkan itulah macam2 produk skin care dijual untuk memenuhi keinginan para wanita ini. Tetapi, sedar atau tidak sedar sebenarnya banyak istilah dalam skin care (kosmetik) yang kita tak tahu dan tidak ambil tahu.

Apa yang kita tahu just percaya je dekat penjual yang mempromosikan barang dorang tanpa mengetahui istilah sebenar yang disebut mereka. Biasalah ada ke peniaga yang nak buruk2kan produk mereka. Bagi mereka produk mereka gah je, kita yang kena bijak sebagai pengguna.

Bak kata orang putih “Beauty with brain” Jom baca “24 Istilah Dalam Skincare Yang Anda Wajib Tahu”.

ISTILAH 1 : ACID

Acid adalah zat kimia yang memiliki pH kurang dari 7 dan ia terkandung dalam kebanyakan produk skincare tetapi berlainan jenis asid. Contohnya, hyaluronic acid, acetic acid dan lactic acid.

ISTILAH 2 : AHA (Alpha Hydroxy Acid)

AHA digunakan dalam kebanyakan produk exfoliant. AHA mampu mengangkat sel-sel kulit mati secara efektif, mengecilkan pori, menghaluskan kulit, serta menghilangkan luka bekas jerawat.

Bukan tu je tau! AHA ni pon sesuai untuk mereka yang kulit kering sebab AHA mampu menghidrasi dan meningkatkan kelembapan kulit anda.

ISTILAH 3 : ALLERGEN

Kandungan allergen akan menyebabkan alergi pada kulit. So, disebabkan tulah kalau korang mempunyai kulit sensitif and korang guna produk yang ada allergen kulit korang jadi merah-merah and gatal-gatal. Die depends dekat orang sebab kulit kita ni berlainan jenis.

 ISTILAH 4 : BHA (Beta Hydroxy Acid)

Seperti AHA, BHA juga mampu mengangkat sel-sel kulit mati dan membersihkan pori secara efektif.

Tetapi yang membezakan BHA dengan AHA ialah BHA merupakan asid yang terlalu kuat. So, BHA tidak boleh digunakan oleh mereka yang berkulit kering. Kalau korang degil pakai jugak kesannya nanti kulit korang akan lebih mengelupas.

Bukannya mengelupas tu tanda nak bertukar kulit jadi cantik ye! Fahami istilah jangan memandai-mandai oke!

ISTILAH 5 : ANTIOXIDANT

Antioksidan dapat mengurangkan radikal bebas terhadap tubuh. Ianya dapat ditemukan di sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan vitamin E seperti strawberi, tomato, jeruk, dan brokoli.

ANTIOXCIDANT istilah

ISTILAH 6 : BEESWAX

BEESWAX

Beeswax atau lilin lebah (kerana dihasilkan oleh lebah) dapat ditemui dalam produk skincare yang berfungsi untuk melembapkan dan menghaluskan kulit seperti lip balm dan krim tangan.

BLEMISH

ISTILAH 7 : BLEMISH

Ia juga dipanggil sebagai ketidaksempurnaan kulit. Blemish berupa kemerahan pada kulit wajah, luka bekas jerawat, komedo dan noda hitam. Ia menyebabkan kulit anda tampak tidak halus dan tidak bersih.

ISTILAH 8 : BREAKOUT

Timbulnya jerawat secara tiba-tiba akibat tidak cocok dengan produk skincare yang digunakan. Tapi, kadang2 ketidakstabilan hormon pun boleh jadi punca tau! So, pilih skincare yang betul2 sesuai dengan kulit korang oke!

ISTILAH 9 : CYSTIC ACNE

Jika anda memiliki jerawat yang merah, meradang, dan ukurannya cukup besar, ia dinamamakan cystic acne atau jerawat kistik. Ianya disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat minyak, kotoran, dan bakteria yang membuat jerawat meradang.

Jangan sentuh dan dipecahkan tau!!INGAT!! kalau tak memang lagi teruklah muka korang.

ISTILAH 10 : BOOSTER

Booster adalah produk perawatan kulit yang mengandungi bahan dalam konsentrasi yang tinggi.

Fungsi utama booster adalah untuk mengatasi masalah kulit secara efektif, dan sebaiknya produk ini digunakan sebelum produk perawatan kulit lainnya untuk hasil yang lebih maksimal. Contohnya sebelum anda nak apply makeup, guna booster nie dulu. Faham?

ISTILAH 11 : BROAD SPECTRUM

Kalau korang perasan dekat bahagian produk deskripsi produk sunscreen atau sunblock mesti akan ade Broad Spectrum. Maksudnya, produk tersebut dapat menjaga kulit dari sinar UVA dan UVB.

ISTILAH 12 : DOUBLE CLEANSE

Pernah dengar tak istilah double cleanse atau double cleansing? Ianya merupakan teknik membersih wajah sebanyak dua kali dan bertujuan untuk membersihkan minyak, kotoran, serta makeup pada wajah secara maksimal. So, memang confirm bersihlah muka korang!

Caranya, pertama menggunakan pembersih wajah yang berbahan dasar minyak, lalu membersihkannya kembali dengan pembersih yang berbahan dasar air.

GIPHY ISTILAH

ISTILAH 13 : EMOLLIENT

Emollient atau emolien adalah kandungan skincare yang meningkatkan kadar air pada kulit sehingga kulit terhidrasi. Emollient dapat ditemukan di produk pelembap kulit seperti moisturizer dan eye cream.

ISTILAH 14 : GLOWING

Tipulah kalau korang tak pernah dengar istilah glowing kan? Istilah glowing digunakan untuk mendeskripsikan kulit yang tampak sehat dan segar. Susah tau nak dapat muka glowing ni, so korang yang muka lawa tu jaga elok2 tau!!

GLOWING istilah

ISTILAH 15 : HYPERPIGMENTATION

Hyperpigmentation atau hiperpigmentasi adalah saat kulit mengalami peningkatan melanin yang seringkali membuat warna kulit tidak sekata. Means, kulit korang tampak kusam and gelap.

Antara sebab yang menyebabkan hyperpigmentation ialah perubahan hormon dan terdedah dengan sinaran matahari.

ISTILAH 16 : HYPOALLERGENIC

Korang kena hati-hati dengan produk yang ada kandungan hypoallergenic sebab ia boleh menyebabkan alergi. Samelah seperti kandungan allergic tadi, hypoallergenic pon boleh menyebabkan kesan2 seperti kemerahan dan kegatalan.

ISTILAH 17 : MELANIN

Melanin adalah pigmen di dalam tubuh yang memberi warna pada rambut, kulit, dan mata. Selalunya orang yang berkulit gelap mempunyai melanin yang tinggi berbanding kulit cerah. But jangan sedih sebb orang yang berkulit gelap ni banyak kelebihan tau!! Tak percaya baca artikel ni sampai habis!!!

7 FAKTA MENARIK TENTANG WANITA BERKULIT SAWO MATANG

ISTILAH 18 : MULTI-MASKING

Multi-masking merupakan teknik perawatan kulit wajah menggunakan masker yang berbeza disebabkan bahagian wajah memilik masalah yang berbeza. Contohnya, kulit dahi anda kering, tetapi area hidung sangat berminyak, so mesti tidak efektif kalau dirawat menggunakan masker yang sama, right? So, that’s why adanya formulasi multi-masking.

ISTILAH 19 : NON-COMEDOGENIC

Boleh dikatakan kandungan bahan ni tidak menyumbat pori. So, memang digalakkan untuk korang beli makeup yang non-comedogenic terutamanya kulit yang berminyak dan berjerawat. Lepas ni takdelah masalah asal makeup je jerawat naik!!

ISTILAH 20 : PA

PA adalah penilaian terhadap kemampuan produk sunscreen atau sunblock. Label PA biasanya diikuti simbol plus (+) yang menjadi indikasi kekuatan produk tersebut dalam menangkal sinar matahari.

So, semakin banyak simbol (+) yang ada, semakin tinggi kebolehan produk tersebut dalam menjaga kulit dari sinar UVA.

ISTILAH 21 : PARABEN

Paraben adalah bahan pengawet yang sangat popular dalam produk skincare and tak dapat disangkal lagi paraben adalah kandungan kimia yang sangat berbahaya.

Manakan tidaknya, paraben boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon seseorang. Bila hormon tidak seimbang, macam2 penyakitlah yang akan bertandang. Carefull girls!!!

TOXIN

ISTILAH 22 : T-Zone

T-Zone adalah area dahi, hidung, dan dagu yang cenderung memiliki produksi minyak paling tinggi. Ketiga-tiga area tersebut membentuk huruf T, oleh karena itu disebut T-Zone.

ISTILAH 23 : UVA

Sebenarnya, sinar UVA memiliki vitamin D yang bagus untuk kesihatan tulang, tetapi kalau terlalu sering terdedah dengan sinar UVA, ia akan mempercepatkan proses penuaan kulit dan dalam jangka masa panjang tidak mustahil anda akan menghidap kanser kulit. Ini disebabkan sinar UVA dapat menembusi kulit hingga ke lapisan dalam.

ISTILAH 24 : SPF

Singkatan daripada Sun Protection Factor,  label SPF bertujuan untuk menunjukkan seberapa lama anda boleh terdedah dengan sinar matahari.

Bagaimana cara mengetahuinya? Jika kulit anda biasanya terbakar 10 minit setelah terdedah dengan sinar matahari tanpa menggunakan perlindungan SPF, maka kalikan 10 dengan tingkat SPF yang produk tersebut miliki. Contohnya, kulit anda biasanya mula terbakar 5 minit setelah terdedah sinar matahari dan anda menggunakan produk dengan SPF 50, jadi kulit anda akan terlindung selama sekitar 4 jam atau 250 menit (50 x 5).

 RUMUSAN

Lepas ni berhati-hati dalam pemilihan skincare yang korang guna tau! PASTIKAN BERSESUAIAN!!…Jangan asal muka je nak cantik tetapi tidak menjaga kesihatan dalaman anda oke!

 “BEAUTY WITH BRAIN!!”