Isi Kandungan Artikel

MINYAK WANGI TAHAN LAMA

“Hurm…badan kau berbaulah, pengotornya !!!”, cuba bayangkan kalau anda salah seorang yang kena ayat macam ini, agak2nya anda marah tak? Maklumlah isu bau badan ini tak boleh bawak bincang tau!!

That’s why boleh dikatakan setiap individu pasti akan ada satu botol minyak wangi dalam handbeg. Tak kiralah perempuan atau lelaki.

Tetapi yang silapnya kebanyakan daripada kita mindset ‘pakai minyak wangi sebab nak wangi’ je betul tak? Asal bau wangi je dah oke tanpa mengetahui bahan2 yang terkandung kat dalam perfume itu.

Yes…Itu satu kesilapan besar!!! Untuk pengetahuan anda, sebenarnya minyak wangi diformulasi khas mengikut personaliti dan jenis bau badan seseorang. Disebabkan itulah anda perasan tak, kadang2 dah beli minyak wangi mahal2 tetapi bau tak kuat pon macam orang lain pakai?

So, sekarang ini, sis nak share PANDUAN LENGKAP MEMILIH MINYAK WANGI. Lepas ni takdelah lagi isu tersilap pilih minyak wangi….okeyy!

PANDUAN LENGKAP MEMILIH MINYAK WANGI PALING TOP 2020

PANDUAN #1: MEMILIH AROMA (NOTE)

panduan pilih minyak wangi-1 (giphy)

Setiap minyak wangi atau ‘cologne’ terdiri daripada ‘note’ yang berbeza2. Eh apa yang dimaksudkan dengan ‘note’ ini? Mesti ada yang baru first time dengar perkataan ini kan?

Okeyy gaiss…’note’ ini maksudnya aroma yang dapat dirasakan semasa penggunaan minyak wangi. Kiranya macam perisalah. Waktu anda sembur minyak wangi itu bau apa yang anda dapat bau? Bau lavender? Koko? Bunga tiare? Ha…itulah ‘note’ dalam minyak wangi anda!

Dan ‘note’ ini pula terdiri daripada tiga lapisan berbeza iaitu :

#1: NOTE TERATAS

Aroma yang dirasakan segera pada penggunaan minyak wangi. Maksudnya haruman pertama yang anda baulah bila hidu or pakai minyak wangi itu.

So, note teratas ini tersangatlah penting untuk peniaga!!! Yelah kalau first bau pon dah tak menyenangkan mestilah pelanggan pon takde rasa nak beli, betul tak?

Selain itu, aroma note teratas ini kebiasaannya berbau “segar”, “tegas” atau “tajam dan ianya lebih kepada aroma yang kuat, sangat mudah meruap dengan cepat.

Contohnya aroma sitrus dan halia.

#2: NOTE TENGAH

Aroma minyak wangi yang muncul setelah note teratas hilang.

Okey macam yang sis dah cakap tadi note teratas baunya sangat tajam dan menyengat. And note tengah pula sifatnya lebih lembut and rasa segar je bila bau tau!

So, secara logiknya bila digabungkan bau tu ianya akan menjadi seimbang sebab memang dah fungsi note tengah untuk menutup kesan awal note atas. Barulah tak sakit hidung bila orang bau minyak wangi anda!!

Contohnya, aroma lavender dan rose. Tetapi bergantung juga tau kepada perisa yang anda beli! Sebab ada sesetengah minyak wangi memang dah asalnya diformulasikan dengan bau yang kuat. Contohnya minyak wangi lelaki.

#3: NOTE ASAS

Aroma minyak wangi pada note asas muncul bersama2 dengan note tengah. Kiranya kedua2nya adalah tema asal minyak wangi itu.

Just bezanya note asas membawa kepada kekukuhan pada minyak wangi. Sebatian kelas ini digunakan untuk menahan dan meningkatkan kekuatan note atas dan tengah.

So, dengan adanya note asas, barulah minyak wangi anda tu tahan lama.  Faham? And kebiasaannya, note asas muncul selepas 30 minit pemakaian minyak wangi.

Musk, vetiver dan aroma resin tumbuhan adalah contoh aroma yang kebiasaannya digunakan sebagai note asas.

nota asas

Jadi, sekarang ini dah jelaskan apa itu ‘note’  dalam minyak wangi? Lepas ini nak pilih minyak wangi pastikan ia ada ketiga2 note ni tau!! Barulah minyak wangi yang anda pakai itu bau segar, menyenangkan dan yang paling penting minyak wangi tahan lama!

Maklumat tambahan: Note  minyak wangi dibuat dengan teliti dengan pengetahuan tentang proses penyejatan minyak wangi.

 PANDUAN #2: PILIH KEPEKATAN

panduan pilih minyak wangi 2

Dari sudut kimia, kepekatan adalah nisbah zat terlarut dalam larutan kepada pelarut atau jumlah larutan. Mesti anda tak fahamkan? Takpe biar sis jelaskan dengan bahasa mudah je!

Firstly, untuk pengetahuan anda, terdapat empat tahap kepekatan yang berbeza dalam setiap wangian. Tahap2 ini termasuklah perfume, EDP, EDT dan cologne. Ha…apa itu? Kalau anda nak tahu apa beza 4 kepekatan ini, anda wajib baca artikel sis yang ni tau!!!

4 JENIS KEPEKATAN MINYAK WANGI

Macam mana nak tahu tahap kepekatan wangian ini? Caranya simple je! Apabila kepekatan semakin tinggi, harganya juga semakin tinggi. Yes!! Harga memanglah agak mahal, tetapi bagi sis sendiri sangat2 berbaloi sebab baunya yang kuat dan tahan lama.

Tapi takdelah sis cakap minyak wangi murah tak berkualiti tau!! Ianya bergantung kepada citarasa seseorang. Macam sis, sis suka minyak wangi yang bau kuat sebab itulah sis akan beli minyak wangi kepekatan tinggi.

PANDUAN #3: UJI WANGIAN

panduan pilih minyak wangi-3

Ujian wangian ini adalah langkah yang paling wajib!! So, lepas ini, takdelah lagi isu menyesal selepas beli! Yelah sebab dari awal lagi anda dah tahu wangian itu sesuai atau tidak dengan ada, logik tak?

Tetapi, macam mana eh nak lakukan ujian ini? Caranya simple and easy je!!

Firstly, lakukan ujian menghidu botol terlebih dahulu untuk mengetahui minyak wangi ini haruman perisa apa. Bau lavender? Koko?

Selepas itu, calit sedikit minyak wangi pada kulit anda. Kebiasaannya, kita akan calit pada pergelangan tangan kan? Ikut andalah yang mana anda rasa sesuai. Sebab kulit kita ini mempunyai kod hormon dan feromon yang unik yang boleh sedikit atau terus mengubah bau sesebuah haruman.

Disebabkan inilah kalau anda perasan, time jalan2 kat dalam mall ke, pasaraya ke mesti ada beberapa orang datang bagi sample wangian sebelum pembelian, betul tak? Diorang bagi tu bukannya saja2 tau!!

Kemudian, lepas je dah calit pada kulit, biarkan selama beberapa saat, lebih kurang 10 saat macam tu. And then baru bau semula, check sama ada bau still sama atau berkurangan? Dari situ anda dah boleh buat kesimpulan samada minyak wangi itu sesuai atau tidak dengan kulit anda…okeyy!

MAKLUMAT TAMBAHAN: Kadang2, haruman minyak wangi ini juga bergantung kepada bahan alat solek kimia anda sendiri tau! Sebab ada sesetengah kosmetik dapat meningkatkan atau mengurangkan bau minyak wangi.

PANDUAN #4: IKLIM DAN CUACA

cuaca dan iklim-perfume

Eh nak pilih minyak wangi ada kaitan ke dengan musim? Jawapannya yess!!!

Sebenarnya, musim ini pun memberi impak perubahan keharuman pada minyak wangi tau! Tak percaya baca sampai abis apa yang sis tulis ini!

Okey, musim yang paling popular ialah musim panas serta hujan dan dingin, kan?

MUSIM PANAS

Sebenarnya pada musim panas keharuman minyak wangi akan tercium lebih kuat aromanya kerana suhunya yang tinggi. So, sis sarankan anda menggunakan minyak wangi yang aromanya ringan dan segar. Contohnya, perfume lavender atau roses.

Cuba bayangkan kalau anda guna minyak wangi bau kuat pada musim panas. Confirm! orang sekeliling pon tak sanggup nak duduk sebelah anda tau! Bak kata orang sakit hidung kalau bau!

MUSIM SEJUK

Berbeza dengan musim panas, suhu udara dan iklim semakin berkurang. So, waktu ini memang sesuailah kalau anda nak guna minyak wangi yang bau kuat…okay!

RUMUSAN

Sekarang ini dah tahukan macam mana nak pilih minyak wangi yang betul? Ingat tau!! Jangan pilih minyak wangi itu asal nak ikut member or nak nampak wow sebab minyak wangi itu berjenama!!

4 steps je yang anda perlu ikut. Tak susah pun gaiss!!! Daripada membazir nanti beli mahal2 tetapi tak sesuai dengan kulit…okayyy

Remember “smell is a word. perfume is literature”

Jika anda ingin membuat minyak wangi jenama anda sendiri, bolehlah hubungi wakil dari VNI SCIENTIFIC untuk temu janji. Wakil kami boleh membantu anda!