Isi Kandungan Artikel

Hand Sanitizer

Tahukah anda untuk memilih hand sanitizer Malaysia yang Efektif bagi mencegah Coronavirus COVID-19? Coxsackieviruses & H1N1? Puncanya adalah disebabkan oleh virus dan backteria? Sekarang , sejumlah kes Wabak Coronavirus COVID-19 sedang hebat diperkatakan di Malaysia.

 

Baby Lemon Sticker by Nature to Nurture for iOS & Android | GIPHY

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, orang ramai perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri dari penyakit ini.

Membersihkan tangan dengan air bersih dan sabun adalah cara terbaik untuk membunuh kuman. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada akses kepada air bersih dan sabun, hand sanitizer adalah alternatif terbaik untuk membunuh kuman.

Hand sanitizer biasanya akan di letakan di pintu masuk hospital, klinik dan kini restoran segera juga sudah mula meletakkan hand sanitizer selain sabun sebagai langkah kebersihan tambahan.

Persoalannya, adakah hand sanitizer mampu menjadi penganti yang sesuai untuk membersihkan tangan tanpa air dan sabun? Adakah ia mampu mengelakkan daripada anda terkena penyakit?

Mari kita menkaji bagaimana nak membeli Hand Sanitizer  Malaysia Yang Efektif.

Jika anda berminat untuk tahu tentang cara memilih kilang OEM yang betul, boleh tekan di sini.

Apakah kandungan yang perlu ada pada Hand Sanitizer Malaysia?

Hand Sanitizer Malaysia #1 – Kandungan Alkohol.

Hand Sanitizers yang efektif perlu ada sekurang-kurangnya 60% alkohol bagi membantu  mengelakkan penyakit  dan penyebaran bakteria.

Pembersih tangan atau pun hand sanitizers  direka untuk membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan. Bagi hand sanitizers menjadi berkesan, anda perlu menggunakan secukupnya untuk melindungi keseluruhan tangan dan jari anda.

Hand Sanitizer Malaysia #2 – Kuantiti Yang Diperlukan?

Berapa banyak yang perlu digunakan sebenarnya? Biasanya kami mencadangkan agar anda gunakan  kira-kira satu sudu kecil pada tangan anda. Gosokkan tangan anda selama kira-kira 20 saat menggunakan hand sanitizer dan biarkan kering sepenuhnya.

Hand Sanitizer Malaysia #3 – Kesan Daripada Ramuan.

Ramuan alkohol di dalam Hand Sanitizer  boleh menyebabkan tangan menjadi kering. Jadi jika anda ingin memilih Hand Sanitizer Malaysia,  pastikan ramuannya mengandungi pelembab seperti Vitamin E atau pun Aloevera.

Cara-cara penggunaan Hand Sanitizer Malaysia

  1. Gunakan sejumlah besar dan sapu ke seluruh tangan.
  2. Ratakan hand sanitizer di celah-celah jari, di bahagian depan dan belakang tangan, sehingga pergelangan tangan anda.
  3. Gosok hand sanitizer secara bersungguh-sungguh ke tangan anda.
  4. Sapu hand sanitizer di bawah kuku dan di bawah cincin anda.
  5. Teruskan menggosok hand sanitizer sehingga ia kering selama 20 saat. Jangan lap tangan anda dengan tuala untuk keringkan tangan.

Jika anda pergi ke shopping mall atau kemana sahaja dan ternampak hand sanitizer yang diletakkan secara percuma, ambillah kesempatan untuk menggunakannya. Ianya boleh membantu anda untuk kekalkan kebersihan.

Bagaimana nak pilih Hand Sanitizer Malaysia Yang Efektif  bagi kulit sensitif?  

Kulit sensitif, sesuai ke pakai hand sanitizer?

Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, atau keadaan kulit seperti ekzema, pilihlah hand sanitizer versi bebas alkohol. Hand sanitizer bebas alkohol berasaskan air dan mengandungi bahan aktif seperti silver dihydrogen citrate (SDC).

Tidak seperti pembersih tangan yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi, hand sanitizer bebas alkohol boleh juga memberi perlindungan yang sama seperti hand sanitizer yang mengandungi alkohol.

Hand sanitizer bukan agen pembersih dan bukan sebagai ganti kepada sabun dan air. Ia hanya sebagai langkah perlindungan tambahan. Ia lebih efektif digunakan bersama selepas mencuci tangan dengan cermat.

Tabiat menggunakan hand sanitizer dapat membantu mengelakkan daripada terdedah kepada kuman dan seterusnya mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit. Tidak kira dimana sahaja sama ada di taman permainan, atau menggunakan komputer di tempat awam atau melawat keluarga di hospital, ambil sedikit masa untuk menyapu sedikit hand sanitizer pada tangan supaya anda dilindungi dari kuman dan virus yang membawa penyakit.

Kelebihan Hand Sanitizer Malaysia Yang Efektif 

 

Happy I Like It GIF by swerk - Find & Share on GIPHY

  • Ia amat mudah digunakan, mudah alih dan tidak memakan masa.
  • Kajian juga menunjukkan keluarga yang menggunakan hand sanitizer kurang terdedah kepada risiko penyebaran gastrointestinal (perut) dan jangkitan respitori.
  • Pembersih tangan komersil mengandungi bahan yang dapat membantu mengurangkan kulit kering. Menggunakan hand sanitizer dapat mengurangkan kerengsaraan akibat daripada kulit kering.

Kelemahan Hand Sanitizer

Walaupun ia digelar pembersih tangan, ia tidak mampu menanggalkan kekotoran. Segala debu, tanah dan darah perlu terlebih dahulu dibersihkan atau dicuci terlebih dahulu supaya alkohol yang terdapat dalam hand sanitizer berfungsi dengan berkesan.

Kesimpulan Hand Sanitizer Malaysia

Dari sini kita dapat tahu yang penggunaan Hand Sanitizer Malaysia ini amat penting dan dapat membantu melindungi kesihatan kita dan menghindarkan kita dari sebarang penyakit dan bakteria yang tidak diingini.

Dalam kata lain, sekiranya anda berminat untuk hasilkan produk hand sanitizer jenama sendiri, boleh terus hubungi kami untuk kami bantu anda.