Isi Kandungan Artikel

Pengenalan

Jadi, anda adalah baru dalam penjagaan kulit. Atau, mungkin anda sudah memutuskan sudah tiba waktunya untuk melakukan rutin penjagaan kulit anda ke tahap seterusnya dengan lebih dari sekadar mengguna pembersih dan pelembap sahaja. Selain itu, anda juga telah membuat penyelidikan, membaca beberapa ulasan atas talian, dan menambah stok produk penjagaan kulit dengan mengikuti budjet anda supaya dapat terhindar daripada masalah jerawat.

Mencuci muka adalah sebahagian daripada rutin harian anda. Ini adalah sesuatu perkara biasa yang anda lakukan untuk menjaga kulit dan kelihatan bersih. Namun, apa yang mungkin anda tidak sedar adalah cara penjagaan kulit anda salah. Sebenarnya, anda mungkin melakukan banyak kesalahan dalam penjagaan kulit dan ini boleh membuat masalah jerawat anda bertambah teruk.

Selain membasuh kulit secara kasar dan memilih pembersih muka yang salah, kesalahan mudah yang anda buat dari sebahagian rutin penjagaan kulit anda sebenarnya akan menyumbang kepada jerawat.

Mari kita lihat lebih dekat beberapa kesalahan kerap penjagaan kulit yang akan menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk.

Kesalahan  #1: Membasuh Muka Berlebihan.

Ramai orang yang mengalami masalah jerawat fikir mereka harus mencuci muka dengan lebih kerap. Tetapi ini boleh mengiritasikan kulit, menjadikan kulit lebih sukar untuk meresap ubat jerawat. Jangan gunakan scrub jerawat yang mungkin akan menyebabkan lebih banyak keradangan, dan jangan gunakan pembersih yang menghilangkan minyak wajah semula jadi.

Menurut Maral Skelsey, MD, pengarah pembedahan dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Georgetown, ketika kulit kering dan meradang, kulit anda akan lebih sukar untuk bertindak dengan ubat jerawat,  menyebabkan ubat jerawat itu tidak memberi sebarang produktif.

“Kebanyakan orang, kecuali mereka yang banyak berpeluh setelah bersukan atau melakukan aktiviti lain, hanya perlu mencuci muka dua kali sehari. Abaikan skrub dan sabun yang lembut, gunakan pembersih lembut pada waktu pagi dan malam,” katanya.

10 Kesalahan Umum Yang Dilakukan Semasa Menghadapi Jerawat

Kesalahan #2: Memicit Jerawat.

Mungkin anda tidak tahan untuk memicit jerawat itu?  Oh, jangan! Ini boleh menyebabkan parut atau jangkitan, dan merosakkan lagi kulit anda. Bakteria jerawat meresap jauh ke dalam kulit, dan memicit jerawat boleh menyebabkan kemerahan jangka panjang dan depresi kulit.

Ini juga akan menyebabkan jangkitan jangka pendek dan jerawat yang lebih besar. Sekiranya anda tidak dapat membiarkan jerawat itu sendiri, anda boleh mencuba teknik kompres suam (tidak panas) di kawasan jerawat untuk mendorong ia sembuh lebih cepat.

Kesalahan #3: Campuran Bahan Kandungan Yang Salah.

Jangan campurkan: Retinol dengan Vitamin C, Benzoyl Peroxide, dan asid AHA / BHA.

Asid AHA dan BHA bertindak sebagai exfoliator, ia dapat mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi jika rutin penjagaan kulit anda mengandungi bahan Retinol.

Bahan Benzoyl Peroxide dan Retinol tidak disyorkan untuk dicampur kerana mereka akan menghentikan tindak balas bahan sesama lain sehingga menjadikan produk itu kurang berkesan.

Vitamin C pula melindungi kulit dari persekitaran dan lebih baik digunakan pada waktu siang. Manakala Retinol memperbaiki dan membina kolagen kulit, ia paling baik digunakan pada waktu malam. Kedua bahan ini lebih baik dijauhkan antara satu sama lain kerana mempunyai fungsi yang berbeza.

Jangan Campurkan: Niacinamide dan Vitamin C.

Walaupun keduanya bertindak sebagai antioksidan, Vitamin C adalah salah satu bahan yang tidak sesuai dengan niacinamide. Kedua-duanya adalah antioksidan yang sangat umum digunakan dalam pelbagai produk perawatan kulit, tetapi tidak di syorkan  di gunakan satu demi satu. Potensi bahan ini berkurang secara signifikan ketika digunakan bersama, kecuali jika jarak waktu aplikasi sekurang-kurangnya 10 minit antara setiap produk.

Kesalahan #4: Hanya menggunakan Makeup Wipes untuk membersihkan muka.

Makeup wipes adalah bagus. Ia berbentuk dalam pelbagai jenis pek yang mudah dan membuat kerja lebih cepat walaupun anda memakai solekan tebal. Masalahnya ialah banyak wanita menggunakannya untuk menghilangkan solek tetapi gagal mengikutinya dengan pembasuh muka.

Ia sebenarnya tidak membersihkan kulit keseluruhan. Menggosok wajah dengan tisu ini boleh menyebabkan keradangan peringkat rendah. Dari masa ke masa, keradangan itu boleh menyebabkan masalah warna kulit yang tidak rata. Sebilangan makeup wipes juga boleh meninggalkan minyak pada kulit anda yang boleh menyumbat liang pori kulit.

10 Kesalahan Umum Yang Dilakukan Semasa Menghadapi Jerawat.

Kesalahan #5: Mengelakkan pelembap kulit.  (Moisturizer)

Kulit yang mudah berjerawat boleh menjadi kering, terutamanya jika anda menggunakan bahan kandundang seperti Retinoid untuk merawatnya. Tetapi ramai wanita yang berjerawat berhati-hati dengan menggunakan pelembap kerana bimbang ia akan memperburuk jerawat mereka. Gunakan pelembap non-comedogenic untuk membantu menjaga kesihatan kulit anda semasa merawat jerawat anda. Produk bukan komedogenik tidak menyumbat liang.

Kesalahan #6: Tidak memakan krim pelindung matahari (sunscreen).

Perkara terakhir yang anda mahu guna pada kulit berminyak dan berjerawat adalah mungkin krim pelindung matahari (sunscreen).  Walaubagaimanapun, anda akan membahayakan kulit anda dalam jangka masa panjang jika tidak memakai “sunscreen”.

Menggunakan sunscreen setiap hari akan melindungi kulit anda dari penuaan, hiperpigmentasi, dan kanser kulit. Oleh kerana banyak produk rawatan jerawat menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap sinaran matahari, anda patut memakai pelindung matahari.

Cari krim pelindung matahari yang dilabel sebagai non komedogenik untuk mengelakkan pencetusan jerawat. Banyak pelembap hari ini juga mengandungi pelindung matahari, jadi anda mendapat dos perlindungan matahari harian anda sekaligus melembapkan kulit.

Kesalahan #7: Penggunaan produk berlebihan.

Ramai orang yang mahu jerawat mereka cepat sembuh, jadi anda mungkin tergoda untuk guna produk rawatan anda beberapa kali (atau lebih) setiap hari. Selain itu, mungkin anda fikir jerawat anda akan sembuh lebih cepat jika anda menggunakan produk itu lebih kerap?

Oh tidak! Anda akan terkejut mengetahui bahawa penggunaan produk berlebihan,, atau terlalu sering menggunakan, tidak akan membersihkan jerawat dengan lebih cepat. Tetapi ia pasti menyebabkan pengeringan, kemerahan, pengelupasan, dan iritasi yang berlebihan. Menggunakan produk anda tepat seperti yang diarahkan adalah cara terbaik untuk membersihkan jerawat, tanpa membahayakan kulit anda.

Kesalahan #8: Membersih muka sebelum mandi.

Kita semua mempunyai cara kita sendiri ketika hendak mandi. Tetapi, tahukah anda bahawa jika anda membersihkan wajah anda terlebih dahulu dan kemudian mencuci rambut, ia boleh mengakibatkan jerawat di wajah anda? Walaupun syampu dan perapi anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dalam menjadikan rambut anda lembut, licin dan halus, ia dapat memperburuk keadaan kulit anda.

Bahan-bahan dalam syampu dan perapi rambut boleh menyebabkan iritasi di kulit. Seterusnya, boleh mencetuskan jerawat. Oleh itu, pastikan anda mencuci muka pada akhir waktu mandi, iaitu selepas mencuci rambut dan badan.

Kadang-kadang anda mungkin melihat benjolan kecil dan bengkak pada kulit anda, dan anda fikir itu adalah jerawat. Jadi, anda menyapu ubat jerawat di kawasan itu dan tunggu sehingga ia hilang. Ini mungkin menyebabkan iritasi.

Jerawat harus diekstraksi sebelum ubat jerawat berfungsi. Rawatan spot pada jerawat yang belum menjadi whitehead hanya akan mengeringkan permukaan kulit anda. Menyapu ubat jerawat di kawasan itu tidak akan mengubah apa-apa.

Kesalahan #9:  Menyapu ubat jerawat sebelum tumbuh jerawat.

Kadang-kadang anda mungkin melihat benjolan kecil dan bengkak pada kulit anda, dan anda fikir itu adalah jerawat. Jadi, anda menyapu ubat jerawat di kawasan itu dan tunggu sehingga ia hilang. Ini mungkin menyebabkan iritasi.

Jerawat harus diekstraksi sebelum ubat jerawat berfungsi. Rawatan spot pada jerawat yang belum menjadi whitehead hanya akan mengeringkan permukaan kulit anda. Menyapu ubat jerawat di kawasan itu tidak akan mengubah apa-apa.

Kesalahan #10: Menggunakan produk penjagaan kulit yang sama untuk jangka panjang.

Wanita menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk melawan masalah jerawat remaja. Apabila anda semakin  berumur,  tekstur kulit anda juga berubah dan ia memerlukan penjagaan dan perlindungan tambahan. Oleh itu, sangat penting untuk memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Rumusan.

Kulit yang bersih, cantik dan  sihat tidak semestinya hanya impian. Jika anda melakukan beberapa penyesuaian sederhana terhadap rutin penjagaan kulit semasa dalam usaha untuk memperbaiki kesalahan biasa, anda dapat mengubah kesihatan kulit dan juga mengurangkan kekerapan jerawat anda.

Kesihatan kulit anda sepenuhnya berada di tangan anda, jadi mulakan tanggungjawab ya!  Kulit anda akan berterima kasih kepada anda!

Mahukan lebih banyak petua untuk menjaga kulit anda bersih, bersih dan cantik? Lihat blog lain selanjutnya.