Skincare

3 TIPS PILIH FOUNDATION TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT

Foundation Terbaik 2020

Foundation mana yang sesuai untuk kulit anda? Jangan takut untuk mencuba!

3 tips pilih foundation bagi kulit berminyak

Apabila jerawat muncul pasti membuatkan wanita merasai kurang selesa, apatah pula untuk memakai foundation. Foundation boleh dipakai ketika muka sedang berjerawat, tetapi pemilihan jenis foundation haruslah betul. Sebolehnya elakkan menggunakan foundation yang menutupi liang pori anda dan membuatkan wajah anda lebih berminyak.

 Adakah anda ingin mencari Kilang OEM Kosmetik untuk membuat foundation yang halal?

Tips #1 Bagi Memilih Foundation Terbaik 2020 Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat – Pilih Foundation Yang Tepat

Telah menjadi lumrah manusia mempunyai jenis kulit berbeza, terdapat beberapa jenis kulit dan salah satunya kulit berminyak. Tidak semua foundation sesuai dengan jenis kulit yang berminyak. Menggunakan foundation yang kurang tepat boleh membuatkan kulit lebih berminyak dan masalah pori-pori besar, blackhead, dan pertumbuhan jerawat akan lebih teruk.

Kulit yang berminyak adalah disebabkan kandungan Lipids yang tinggi pada permukaan kulit yang menyebabkan aktiviti kelenjar Sebaceous yang melampau. Namun, tidak perlu risau kerana terdapat beberapa jenis foundation terbaik 2020 yang sesuai untuk jenis kulit anda.

Pastikan anda memilih foundation terbaik 2020 yang mengikut keserasian dengan kulit anda.

 

Tips # 2 Bagi Memilih Foundation Terbaik 2020 Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat – Fahami Dan Kaji Jenis-Jenis Foundation

Foundation merupakan bedak asas yang dioles ke wajah untuk melembabkan kulit muka dan menjadikan solekan wajah lebih kemas dan rapi.  Foundation juga berperanan untuk  menutup pori-pori muka yang terbuka dan meratakan tona warna kulit agar kelihatan lebih sekata. Selepas memakai foundation, kita juga boleh memakai alat solek yang lain seperti blusher, eyeliner, gincu dan sebagainya.

Namun, pernahkah anda mengalami situasi dimana anda hanya memakai mekap yang simple tidak tebal tetapi kulit wajah tetap berminyak, berpeluh, naik jerawat, tidak selesa, dan muka menjadi gatal-gatal? Sekiranya terjadi perkara sebegitu, ketahuilah bahawa sebenarnya anda memakai jenis foundation yang tidak sesuai dengan kulit wajah anda.

Terdapat pelbagai jenis foundation terbaik 2020 yang anda perlu tahu supaya tidak tersilap dalam memilih foundation. Antara jenis-jenis foundation adalah liquid foundation, cream foundation, mousse foundation dan stick foundation.

  • LIQUID FOUNDATION

3 tips pilih foundation bagi kulit berminyak

Liquid foundation adalah foundation jenis cair yang sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak dan kulit kering. Foundation jenis cair ini juga berperanan untuk melembabkan kulit dan menjadikan mekap lebih natural dan cantik. Mekap tidak akan bercapuk, tebal dan rasa berat di muka. Selain itu, foundation cair mempunyai formulanya yang tersendiri iaitu oil based foundation dan juga water based foundation. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, oil based liquid foundation adalah yang sesuai untuk mereka manakala water based liquid foundation pula sesuai dipakai oleh mereka yang berkulit berminyak atau combinasi. Pemilihan foundation terbaik 2020 berdasarkan formula ini sangat penting supaya kulit nampak sekata dan selesa. Pemilihan warna foundation juga penting supaya muka tidak menjadi kelabu dan sebagainya.

  • CREAM FOUNDATION

3 tips pilih foundation terbaik bagi kulit berminyak

Cream foundation adalah foundation jenis krim yang mengandungi tekstur seakan sedikit minyak dan krim. Ia sangat bagus kerana ia berfungsi untuk melembabkan kulit muka dengan lebih lagi. Muka juga akan kelihatan lebih gebu, putih dan flawless. Namun, foundation krim ini tidak sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak kerana teksturnya yang agak berminyak dan lembab. Berbeza dengan kulit berminyak, foundation ini sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit kering. Selain mengembalikan kelembapan kulit, pori-pori wajah dan segala cela juga akan tertutup dengan sempurna.

 

  • MOUSSE FOUNDATION

3 tips pilih foundation terbaik

Mousse Foundation adalah sejenis foundation yang seakan bedak loose powder. Teksturnya yang lembut itu memberi kelembapan wajah yang berpanjangan. Namun begitu, kulit luaran akan mudah kering setelah memakainya.  Oleh itu, ia tidak sesuai dipakai oleh individu yang berkulit kering. Ia sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai kulit berminyak dan juga kulit normal. Kebanyakan mousse foundation terbaik 2020  didatangkan dengan warna foundation yang gelap dan sekutu dengannya. Anda yang berwajah cerah boleh jadikannya sebagai shading untuk mekap sahaja juga tiada masalah.

 

  • STICK FOUNDATION

tips pilih foundation terbaik

Stick Foundation adalah bedak asas ringkas yang kering dan sekata. Dengan memakai foundation stick, kulit akan akan lebih sekata dan menutup segala cela seperti parut, jerawat, jeragat dan sebagainya. Stick foundation sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai kulit jenis berminyak atau normal. Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu memakai bedak pun setelah mengaplikasikan foundation ini ke wajah. Ini kerana, ia akan rata dan kering seperti bedak selepas disapu ke kulit muka anda. Selain itu, stick foundation sangat ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

 

Tips # 3 Bagi Memilih Foundation Terbaik 2020 Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat – Pilih Jenis Foundation Yang Bebas Minyak

Ramai pengguna yang memilih foundation yang salah kerana formula yang kurang sesuai.  Untuk kulit yang berminyak, pilihlah foundation yang bertekstur matte yang lembut dan formula yang bebas minyak.

Di samping itu, bagi mereka yang ada masalah muka berjerawat, amalkan pemakanan yang betul untuk membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit seperti memakan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan dan amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari. Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad dan jus buah-buahan segar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.