Penampilan bibir dengan mengunakan lipstik jenama sendiri yang halal  semakin popular di kalangan wanita. Lipstik adalah satu produk yang dapat meransang keyakinan kepada setiap wanita untuk tampil lebih cantik. Anda perlu mengetahui jenis lipstick yang sesuai dengan bibir agar nampak lebih menonjol. Syarikat VNI Scientific Sdn Bhd boleh merealisasikan impian anda untuk kelihatan cantik disamping mendapat produk lipstick jenama sendiri.

Untuk membuat lipstik jenama sendiri anda tidak memerlukan modal yang mahal. Modal yang diperlukan hanya menempah mengikut unit produk. Jika unit produk lagi tinggi, maka lagi murah harga sesuatu produk. Jika anda sedang mencari OEM Kosmetik Malaysia bagi lipstick jenama sendiri,  kami di VNI Scientific Sdn Bhd  menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan modal anda.

Anda juga tidak perlu khuatir kerana kilang OEM Kosmetik Malaysia kami memiliki sijil akreditasi Halal dan Amalan Pengilang Baik (GMP) yang dipantau oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kami ingin kongsikan rahsia yang perlu diketahui untuk membuat lipstick jenama sendiri atau jenis produk lain. Buat kaji selidik terlebih dulu.

Isi Kandungan Artikel

Lipstick Jenama Sendiri

  • Pilih produk yang sesuai dengan pasaran terkini supaya tidak rugi dan carilah Kilang OEM Kosmetik Malaysia yang senang anda berurusan.
  • Dapatkan juga sebut harga daripada pelbagai kilang supaya anda boleh membuat perbandingan harga mengikut kesesuaian bajet yang diinginkan.
  • Setelah selesai hal kilang, proses seterusnya adalah memilih sampel produk dan design.
  • Pastikan anda mempunyai wang pendahuluan yang mencukupi untuk menempah barang dan pembayaran deposit.
  • Selepas KKM lulus, baru la produk lipstick jenama sendiri atau jenis produk lain boleh dipasarkan tanpa risau dengan adanya kelulusan KKM.

# Tip 1 – Pilih Lipstick Jenama Sendiri Yang Tidak Mengandungi Plumbum

Tahukah anda setengah produk lipstick yang diuji lebih separuh daripadanya adalah mengandungi plumbum atau logam “Lead”. Sekumpulan pakar scientist telah menguji lipstick-lipstick daripada 33 jenama,  dan hasilnya  mendapati 61 % daripada lipstick-lipstick itu mempunyai kadar plumbum di antara 0.03 hingga 0.65 %.

Lipstick-Lipstick tersebut termasuk daripada jenama terkenal telah diuji positif mengandungi lebih banyak plumbum atau lead.  1/3 daripada lipstick tersebut didapati mengandungi kadar plumbum melebihi had 0.1 bahagian per sejuta yang telah ditetapkan FDA, Amerika Syarikat. Lipstick seperti gula-gula, mudah masuk ke dalam tubuh. Sekiranya termakan, ia akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah kanser.

Apakah itu Plumbum atau Lead?

Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia diklasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.

Mengapakah Plumbum dimasukkan ke dalam Lipstick?

Plumbum atau Lead dimasukkan ke dalam Lipstick untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan air (waterproof) dan  tahan lebih lama (long lasting) terutama yang berjenama dan diimport.

# Tip 2 – Pilih Lipstick Jenama Sendiri Yang Halal

Tahukah anda tidak semua lipstick di pasaran Halal!.

Jangan terkejut! Sebenarnya, ada Lipstick di pasaran ketika ini diperbuat daripada bahan yang diketahui tidak halal untuk orang Islam iaitu ‘Lemak Babi’ atau lebih dikenali sebagai “Gelatin” dan nama saintifiknya ialah ‘sodium tallowate’. Ia merupakan bahan terpenting dalam kandungan pembuatan sesuatu Lipstick atau bahan kosmetik yang lain. Ia bukan lagi rahsia tapi sengaja masyarakat kita masih tidak peka atau buat tak tahu saja tentang isu ini.

Mengapa ‘Lemak Babi’ bukan lemak binatang lain?

Binatang babi dijadikan 1001 macam kegunaan. Di antara yang digunakan dalam bidang kosmetik ialah sumber lemaknya iaitu Gelatin. Lemak babi ini sungguh istimewa yang tidak terdapat pada binatang lain. Hanya lemak babi saja yang tidak akan cair iaitu tahan suhu apabila diletakkan bersama pada badan manusia berbanding dengan lemak binatang lain. Sebab itu ada Lipstick yang kita pakai terutama yg diimport boleh tahan lama dibibir tanpa rasa melekit atau luntur sedikit pun. Industri kosmetik sekarang tidak ada pilihan lain selain terus menggunakan lemak babi ini untuk Lipstick keluaran mereka agar tampak lebih berkualiti berbanding jenama lain.

# Tip 3 – Pilih Lipstick Jenama Sendiri Yang Tidak mengandungi Placenta

Pernah dengar isu ‘Uri Bayi’ atau ‘Placenta Bayi’ dimasukkan ke dalam Lipstick?

Ramai wanita pernah mendengar isu ini yang pernah ‘meletup’ suatu masa dahulu. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Tetapi menurut satu sumber, lipstick berjenama terkenal buatan Jepun atau China, berkemungkinan besar menggunakan produk yang dihasilkan dari uri bayi atau placenta bayi yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Bahan haram itu dipercayai diadun di dalam lipstick berjenama terkenal kerana sifatnya yang boleh memberi kesan positif kepada kulit berikutan kewujudan sejenis hormon estrogen yang kaya dengan kandungan darah seperti albumin.