Isi Kandungan Artikel

4 MANFAAT PENGGUNAAN LOSYEN BAYI

BENARKAH SI KECIL MEMERLUKAN LOSYEN BAYI?

Tahukah Mama? Kulit si manja yang baru lahir sebenarnya sukar untuk menyimpan kelembapan dan kulitnya cenderung kering.

Kulit bayi  menawarkan perlindungan daripada ancaman dunia luar, tetapi ia juga memerlukan perlindungan memandangkan ianya merupakan bahagian yang sangat sensitif. Oleh itu, losyen bayi telah diformulasasikan untuk membantu pasangan di luar sana melindungi perisai si manja mereka.

PERBEZAAN KULIT BAYI DAN ORANG DEWASA

Kulit si manja adalah berbeza daripada kulit orang dewasa. Ia mungkin kelihatan sempurna, tetapi ia sangat sensitif.

Berbanding dengan kulit orang dewasa, kulit bayi adalah:

  • Lebih kurang 30% lebih nipis dengan kulit orang dewasa.
  • Boleh kehilangan lembapan dengan lebih cepat.
  • Lebih mudah mendapat kerengsaan.
  • Menyerap air pada kadar yang lebih cepat dan kehilangan air pada kadar yang lebih cepat juga.

Oleh itu, kulit bayi memerlukan perlindungan dan penjagaan yang khas terutamanya sepanjang tahun pertama kehidupan bayi.

So, jom kita lihat apakah manfaat atau kelebihan Losyen Bayi.

1. MENCEGAH KULIT KERING

Losyen bayi dapat membantu mengekalkan kualitas kulit bayi agar tetap lembab dan tak teriritasi pada benda-benda yang ada di sekitarnya.

Kini banyak dijual produk baby care, seperti baby oil, sabun, syampoo dan hair lotion. Akan tetapi agar kulit si kecil tetap terlindung, sebaiknya gunakanlah body lotion yang khusus untuk kulit bayi anda.

2. MERANGSANG REGENERASI KULIT

losyen bayi

Pastikan anda memilih losyen yang secara klinikalnya, 93% berbahan alami tanpa tambahan zat aditif. Losyen megandungi zinkoxid yang mampu merangsang regenerasi sel kulit serta mengelakkan kegatalan pada bayi.​

3. MENGELAKKAN RUAM ATAU KEMERAHAN

ruam bayi

Losyen bayi mengandung antiseptik yang boleh mencegah ruam pada kulit bayi.

PERINGATAN: Anda harus memastikan lotion yang digunakan adalah mengikut kesesuaian kulit bayi anda.

4. MEMBERI KESELESAAN PADA BAYI SEWAKTU  CUACA YANG PANAS ATAU DINGIN.

Kulit bayi sangat sensitif terhadap cuaca. Ia boleh menjadi kering pada kondisi udara yang terlalu panas, begitu juga pada suhu yang terlalu sejuk.

Bagaimanakah  cara-cara untuk memilih losyen bayi yang sesuai untuk si kecil? Mari kami kongsikan bersama anda.

6 TIPS MEMILIH LOSYEN BAYI

Tips #1 : Pilih Losyen Yang Khusus Dibuat Untuk Bayi

Jangan pulak gunakan losyen orang dewasa untuk si Kecil ya. Struktur kulit bayi berbeza dengan orang dewasa, jadi pilihlah losyen yang bahan dan formulanya khusus untuk kulit bayi.

Tips #2 : Pilih Lotion Bayi Yang Sudah Lulus Ujian Klinikal

Carilah losyen yang memang sudah lulus ujian klinikal supaya dapat mengelakkan bahan yang tidak dibenarkan terkandung dalam losyen yang dibeli.

Tips #3 : Pilih Losyen Bayi yang Kandungan PH-Nya Seimbang

Kandungan PH yang tidak seimbang akan membuat kulit bayi menjadi semakin kering atau iritasi. So, pastikan losyen yang anda pilih memiliki kandungan pH yang seimbang supaya dapat mendekati pH kulit bayi yang normal.

Gunakan losyen bayi yang dirumus khas. Kulit bayi agak berasid, dengan kadar pH sebanyak 5.5. Oleh itu. PRODUK LOSYEN BAYI anda  perlu mengekalkan paras pH kira-kira 5.5 bagi kulit bayi.

Tips #4 : Pilih Losyen yang Mampu Melembap dan Meresap dalam Kulit

Waktu memilih losyen, perhatikan komposisi dan kandungan yang terdapatnya di dalamnya. Anda harus memastikan losyen yang dipilih memiliki kemampuan melembapkan kulit. Kalau macam ini, barulah si manja anda bebas untuk aktif seharian kerana kulitnya berasa nyaman dan selesa je tau!

Tips #5 : Lakukan Ujian Ini!

Untuk penggunaan pertama kali atau saat memilih losyen baru yang akan dipakai secara rutin, tidak salah untuk anda mencubanya terlebih dahulu. Tetapi ada cara tau, bukannya asal cuba je okey!

Caranya, oleskan sedikit losyen pada kulit si kecil anda. Kemudian, diamkan dalam tempoh lebih daripada 1 hari (24 jam). Jika tidak ada reaksi seperti kemerahan atau alergi di kulit si kecil, anda boleh meneruskan pemakaian losyen tersebut. Tetapi jika ada reaksi dan kulit bayi kemerah-merahan, kami syorkan agar tidak menggunakan losyen tersebut.  .

Tips #6 : Konsultasi Doktor

losyen sesuai bagi bayi

Jika losyen untuk si kecil yang sedang dipakai ternyata menimbulkan reaksi alergi atau malah membuatkan kulit si kecil bertambah kering, segera berjumpa  doktor untuk pemilihan losyen yang baharu.

Pada penulisan artikel kami tadi, kami ada tulis tentang pemilihan losyen yang betul, right?  So, sekarang ni anda kena tahu pulak apakah bahan kimia berbahaya yang akan memberi kesan negatif kepada tahap kesihatan bayi anda.

6 BAHAN KIMIA YANG PERLU DIJAUHI DALAM LOSYEN BAYI!

FRAGRANCE
  • Menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.
PARABEN
  • Bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.
  • Menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan kerana parabean mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan.
TALC
  • Bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi.
  • Memberikan kesan terhadap sistem pernafasan bayi terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.
MINERAL OIL
  • Bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit seperti berpeluh.
TRICLOSAN
  • Berisiko mengganggu hormon dalam badan.
PROPLYENE GLYCOL
  • Membuka liang roma yang menyebabkan peningkatan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan.
  • Mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.

So, make sure anda alert dengan 6 bahan kimia ini! Harga memanglah murah, tetapi kesan sampingannya  bahaya kepada bayi anda.

Rumusan

Siapa je yang tak nak tengok bayinya membesar dengan sihat kan? So, kami memang sarankan anda menggunakan losyen bayi supaya si manja anda dapat membesar dengan sihat.

Tetapi ingat!! Berhati-hati dalam pemilihan losyen bayi, jangan tertipu dengan iklan atau promosi yang ‘wow’. Lihatlah kepada kandungan yang terdapat di dalamnya.

‘ MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI ’