Isi Kandungan Artikel

KENAPA RAMBUT GUGUR?

Rambut gugur dalam istilah perubatan dipanggil sebagai ‘Alopecia’. Ia bermaksud kehilangan rambut secara tiba-tiba sama ada dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.

Selalunya, masalah rambut gugur ini menyerang mereka yang berusia 30an. Tetapi zaman sekarang orang yang muda pun boleh dijangkiti penyakit rambut gugur ini. Manakan tidaknya, orang muda zaman sekarang banyak menghabiskan waktu dengan gaya hidup yang tidak sihat yang boleh menjerumus kepada macam2 penyakit seperti rambut gugur.

JENIS KEGUGURAN RAMBUT

Involutional alopecia Sering berlaku apabila seorang itu meningkat usia.

Kebanyakan folikel rambut akan bertukar ke fasa rehat yang menyebabkan penghasilan rambut nipis atau sedikit.

Androgenic alopecia Disebabkan masalah genetik.

Lelaki yang mengalami masalah ini kebiasannya pada usia 20an dan wanita pada usia 40an.

Selalunya pada bahagian hadapan dan tengah kepala.

Alopecia areata Disebabkan masalah autoimun iaitu sel imun badan sendiri menyerang sel folikel menyebabkan kerosakan dan tidak boleh menghasilkan rambut.

Pesakit mungkin mengalami tekanan dan kemurungan.

90% daripada pesakit akan kembali ke rambut yang asal selepas beberapa tahun.

Trichotillomania Dijumpai pada kanak-kanak yang mengalami masalah psikososial kerana dia selalu menarik-narik rambutnya sehingga menjadi botak.
Scarring alopecia Sel folikel dibahagian kepala mati dan tidak mampu menghasilkan rambut lagi

 

PUNCA RAMBUT GUGUR

  • Hormon tidak stabil.
  • Genetik: Mempunyai keturunan seperti ibu bapa mengalami masalah botak atau keguguran rambut.
  • Tekanan : Rambut mempunyai kitaran hayat yang di program:- fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur. Apabila kita stress, ia dapat menganggu kitaran rambut sehingga menyebabkan lebih banyak rambut mengalami fenomena gugur.
  • Pengambilan ubat-ubatan. Contoh, kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, ubat tekanan darah tinggi dan juga ubat perancang keluarga boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara.
  • Melecur. Melecur dikawasan kepala boleh menyebabkan masalah botak kerana folikel pada bahagian kulit telah pun mati.
  • Penyakit autoimun. Masalah tersebut dipanggil sebagai alopecia areata. Selalunya, rambut akan mula tumbuh balik selepas beberapa tahun
  • Pengunaan produk kosmetik. Sering menggunaan pewarna rambut atau peluntur warna rambut akan menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang gugur.
  • Diet. Pengambilan diet yang rendah protein boleh menyebabkan protein di dalam badan berkurangan dan folikel tidak mampu menghasilkan rambut. Ini kerana keratin di dalam rambut itu berasal daripada protein.

CARA MERAWAT RAMBUT GUGUR

Rawatan keguguran rambut mestilah sesuai dengan jenis keguguran rambut. Pesakit perlulah mendapat nasihat daripada doktor terutamanya doktor pakar kulit untuk mendapatkan dan mengetahui rawatan yang perlu diambil.

So, dekat sini kami  akan menjelaskan sedikit tentang rawatan yang perlu diambil oleh pesakit rambut gugur dengan saranan doktor yang bertauliah.

Minoxidil

Ianya sesuai untuk mereka yang baru sahaja mengalami masalah botak atau kekurangan rambut dibahagian kepala.  Ianya berfungsi dengan memberikan stimulasi pada folikel rambut untuk menghasilkan rambut yang baru dan lebih sihat.

Finasteride

Selalunya digunakan dalam masalah prostate. Tetapi ia juga boleh digunakan pada mereka yang mengalami masalah botak terutamanya jenis andorgenic alopecia. Namun, ubat ini tidak sesuai digunakan bagi wanita yang mengandung kerana boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

Spironolactone

Atau dikenali sebgai transplant rambut. Selalunya melibatkan pemindahan folikel rambut pada bahagian kepala yang masih aktif kepada kawasan kepala yang sudah botak atau kekurangan rambut.

Steroid

Steroid merupakan rawatan bagi mereka yang mengalami masalah botak jenis alopecia areata yang disebabkan masalah autoimun. Rawatannya adalah melalui suntikan ataupun pengambilan steroid.

Ia juga merupakan cara yang cepat menyembuhkan masalah rambut gugur ini. Tetapi perlu diketahui bahawa alopecia areata boleh sembuh secara semulajadi walaupun lambat dan pengambilan ubat steroid juga mungkin mendatangkan kesan sampingannya yang tersendiri. Dinasihatkan agar anda merujuk doktor terlebih dahulu jika ingin melakukan rawatan steroid ini!

RAWATAN RAMBUT GUGUR MELALUI PEMAKANAN YANG SIHAT

Telur dan Produk Tenusu

rawatan rambut gugur

Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.

Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal untuk mencegah rambut gugur.

OAT

oat

Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur!

Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

Walnut

walnut

Tambah walnut dalam diet anda sebagai makanan atasi rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium. Kesemua kandungn ini dapat menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.

Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

Lentil

lentil

Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal yang kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin.

Selain itu, lentil megandungi asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang akan membekalkan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan untuk mengelakkan masalah rambut gugur.

Salmon

rawatan rambut gugur 4

Salmon mengandungi asid lemak omega-3 di yang diperlukan oleh folikel rambut anda. Pengambilan 3.5 auns salmon dua kali seminggu akan menguatkan rambut daripada mengalami masalah keguguran rambut dan membuatkannya lebih bersinar

TIPS PEMILIHAN SYAMPOO YANG BETUL

Syampoo yang mana pilihan hati anda? Ini adalah ciri-ciri syampoo yang patut kita pakai untuk mengelakkan dari  rambut gugur. So, lepas dah baca ni boleh check ramuan di dalam syampoo yang korang pakai.  Jadilah pengguna yang bijak.

bahan kimia berbahaya

Cari syampoo yang tidak mengandungi Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Lauryl Sulfate atau Sodium Laureth Sulfate. Juga, cubalah  syampoo yang menggunakan agen pembersih yang lebih lembut  seperti Sodium Lauryl Sulfoacetate dan Sodium Lauryl Sulfosuccinate. Syampoo ini tidak menghasilkan buih yang banyak seperti syampu yang mengandungi SLS atau SLES, tetapi mereka boleh membersihkan rambut dan kulit kepala dengan cekap tanpa mengugurkan rambut anda.

Cari perapi yang tidak mengandungi Dimethicone. Perapi (Conditioner) yang menggunakan 18-methyleicosanoic acid (18-MEA)  adalah salah satu minyak semulajadi yang sebati dan melekul yang sangat serasi untuk lapisan rambut kita.

RUMUSAN

Tetapi terdapat banyak cara untuk kita mengatasi masalah rambut gugur ini. Sesiapa yang diluar sana jangan sedih or rasa malu jika anda ada masalah macam ini.

Kami di VNI SCIENTIFIC boleh membantu anda dengan formulasi yang sesuai bagi PRODUK ANDA di dalam menangani masalah rambut gugur.