Isi Kandungan Artikel

Perbezaan Ecocert dan Vegan

90% daripada korang yang baca artikel ini mesti baru first time dengar pasal Ecocert kan? Sedangkan Vegan yang korang dah familiar itupun belum tentu korang tahu nak bezakan Vegan organik dan semulajadi, inikan pulak Ecocert. Nak tahu apa itu Ecocert dan betul ke Vegan ni 100% organik? Baca sampai habis okey!!

ECOCERT

lambang ecocert

‘Ecocert’ merupakan sebuah organisasi yang mengesahkan peratusan bahan semula jadi dan organik dalam sesebuah produk.

Kenapa pentingnya organisasi seperti Ecocert? Sebab kalau korang perasankan zaman sekarang senang-senang je penjual nak claim yang produk diorang 100% organik, betul tak? So apabila organisasi ni ada takdelah kita sebagai pengguna mudah tertipu.

Produk penjagaan kecantikan diperakui Ecocert (cosmos organik) hanya jika:

  • Minimum 95% tanaman yang terdapat di dalamnya adalah organik.
  • Sekurang-kurangnya 20% bahan organik terdapat dalam keseluruhan formula.

produk vegan dan organik

So, dah clear pasal Ecocert?

 

Sekarang jom baca pulak pasal Vegan. Apa beza bahan Vegan, organik dan semula jadi?

 

Eh ada beza ke? Bukan ke sama je ke tiga-tiga tu berasal daripada ekstrak  tumbuh-tumbuhan semula jadi? The answer is NO girl!!! Sebenarnya bahan Vegan, semulajadi dan organik adalah berlainan!!

 

PERBEZAAN VEGAN, ORGANIK DAN SEMULAJADI

 

VEGAN

skincare vegan

Produk yang dipanggil Vegan tidak mengandungi produk haiwan atau produk lain. Kiranya produk Vegan ni 100% bahan asli.

Contohnya, tidak mengandungi madu, lilin, lanolin, kolagen dan gelatin. Produk Vegan juga terhasil tanpa melakukan ujian terhadap haiwan.

ORGANIK

 

skincare organik

Berbeza dengan Vegan, organik bukanlah 100% bahan asli. Kebiasaanya dalam 95% macam tu je bahan asli yang digunakan. Ia masih menggunakan bahan tambahan yang lain namun harus melepasi piawaian ketulenan yang lebih ketat.

Untuk menjadi organik, ramuan mesti diambil tanpa racun serangga sintetik, baja minyak atau enap cemar kumbahan dan tidak boleh diubah secara genetik organisma.

Maklumat tambahan: Air atau mineral tidak dianggap sebagai “organik” kerana bukan daripada pertanian. Oleh kerana air adalah komponen utama kebanyakan formula kosmetik, so peratusan bahan organik bagi produk tersebut akan berkurangan.

SEMULAJADI

 

produk semulajadi vegan

 

Bahan semulajadi atau natural ini ibarat buah sebenar. Kalau organik dia seperti buah yang dah diproses menjadi air. Faham?

Produk semulajadi hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi atau berasaskan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, minyak zaitun, pati minyak lavender, daun pegaga dan aloe vera.

So, now, adakah gincu anda sebenarnya Vegan? Atau bagaimana anda benar-benar tahu sama ada produk skincare  anda organik atau tidak? Semuanya dah terjawab kan. Setuju tak yang kalau dalam banyak2 skincare, skincare organiklah yang paling popular? So, kami nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang skincare organik yang selama ni pun mungkin korang tidak tahu.

2 KELEBIHAN SKIN CARE ORGANIK YANG PERLU ANDA TAHU!

 

vegan 2

#1 Skin care organik dipercaya lebih baik untuk kulit.

Produk perawatan organik dapat melindungi  kulit anda dari sejumlah gangguan endokrin akibat daripada  logam berat yang masuk ke tubuh seperti merkuri, emulsifier, paraben, dan propylene glycol.

Anda juga dapat mengatasi masalah hiperpigmentasi dan peradangan.

#2 Skin care organik bebas paraben, sulfat, dan bahan kimia.

  • Paraben: biasanya ditemukan pada produk sunscreen, lotion dan makeup. Paraben diduga dapat menyebabkan kerosakan radikal bebas.
  • Sulfat: ditemukan pada detergen, shampo dan bath gel dan boleh menyebabkan kulit iritasi atau alergi.
  • Phthalates: zat kimia yang ditemukan dalam plastik dan fragrance yang dapat meningkatkan risiko kanser.

 

LABEL-LABEL SKINCARE ORGANIK

 

Label2 skincare ni anda wajib tahu sebab ianya berguna dalam pemilihan produk yang ingin dipakai. So, lepas ni takde lagilah kes  muka tiba-tiba breakout ke lepas guna produk sebab korang dah tahu apa maksud label-label dekat produk skincare korang tu.

  • 100% organic: produk mengandung bahan-bahan yang diproduksi secara organik sahaja dan diizinkan untuk menampalkan label organik.
  • Organic: produk tersebut mengandungi 95% bahan yang diproduksi secara organik dan masih diizinkan untuk menampalkan label organik.
  • Made with organic ingredients: produk mengandungi peratusan bahan organik yang sederhana iaitu hanya 70% bahan organik dan tidak diizinkan untuk menampalkan label organik.
  • Less than 70% organic ingredient: produk tidak diizinkan untuk menampalkan label organik, namun boleh meletakkan dekripsi bahan-bahan atau proses organik di bahagian deskripsi produk.

vegan 3

Ye,  mesti dalam kalangan korang majoritinya suka shopping online and beli produk daripada luar negara kan? Lagi2 sekarang dah banyak beauty blogger yang mengulas berbagai produk perawatan kulit jenama luar negara.

Jika anda ingin membeli produk organik dari luar negara, anda kena tengok dahulu label atau sertifikasi dari tempat negaranya berasal. Jangan sampai tersalah pilih nanti daripada muka flawless terus breakout!!!

LABEL-LABEL SKIN CARE ORGANIK ANTARABANGSA

  • SDA: certification  untuk produk organik Amerika
  • ECOCERT, BDIH, Biologique: certification  untuk produk organik Eropah
  • BIO: certification  untuk produk organik Jerman

 

 

Rumusan

 

Ecorcet sangat penting untuk membantu kita mengetahui adakah produk yang kita gunakan benar-benar  organik atau tidak.

Jangan menjadi mangsa terpedaya dengan penipuan para penjual yang tidak bertanggungjawab tau!

Biar abis duit banyak beli produk yang berkualiti daripada menjadi mangsa penipuan produk!

ecocert

 “GREAT INVESTMENT IN GOOD SKIN CARE PRODUCT RESULTS IN GREAT SKIN”