Isi Kandungan Artikel
PENGENALAN
Pernah tak bila anda tengok cermin and then terfikir mengapa kulit wajah tiada perubahan walaupun dah pakai produk skincare yang lengkap? Beli produk mahal-mahal tetapi jerawat, parut tetap terdampar dekat muka and lepas tu mulalah kes tukar-tukar produk sebab yakin produk yang digunakan tidak berkesan, right? Penting ke 5 basic skincare routine ni?
Tahukah anda sebenarnya menggunakan produk skincare perlu mengikut turutan yang betul? Ini adalah untuk memastikan kulit anda mendapat manfaat sepenuhnya dari setiap produk. Admin tahu semua wanita inginkan kulit yang cantik dan bersih sampai sanggup habiskan ribuan wang, tetapi adakah anda betul-betul faham dengan 5 basic skincare?
Dah nama pun basic , confirmlah penting, tidak kiralah anda pakai produk apapun, kalau anda amalkan basic skincare ini, insyAllah muka makin glowing gitew!!!
So nak tahu apakah 5 Basic Skincare Routine? Ini jawapannya!!!
STEP BY STEP PENJAGAAN WAJAH DENGAN 5 BASIC SKINCARE ROUTINE
STEP 1: DOUBLE CLEANSING
Apakah double cleansing?
Double cleansing dalam bahasa mudah adalah dua kali cucian dimana anda menggunakan dua ejen untuk membersihkan kulit anda seperti dalam gambar di atas ini.
Penggunaan oil based cleanser atau miceller water pada cucian yang pertama adalah untuk menaggalkan makeup, SPF dan sebum pada permukaan kulit anda terlebih dahulu. Secara logik akalnya macam ini, penggunaan makeup akan meyebabkan penghasilan minyak yang banyak pada kulit muka, so, minyak akan menarik minyak. Disebabkan itulah oil based cleanser diformulisasikan untuk mengatasi masalah ini. Peluh, bakteria dan sel-sel kulit mati akan hilang dengan serta merta.
Oke, lepas itu pada cucian kali kedua barulah anda menggunakan pencuci muka untuk membersihkan jauh lebih dalam ke liang pori untuk menghilangkan kotoran dengan sempurna. Tetapi ingat! Pastikan pencuci muka yang digunakan bersesuaian dengan jenis kulit anda okeyy!!
Contohnya kalau anda jenis kulit kering, anda tidak digalakkan mengguna pencuci muka bersifat foam cleanser kerana ia akan menarik lebih banyak minyak dari kulit. Nanti tak pasal2 dahlah kulit meggelupas sebab kering, berminyak pula itu! Sebaliknya bertukarlah kepada pencuci muka yang lebih bersifat gel dan tidak menghasilkan buih yang banyak.
Manakala bagi anda yang kulit berminyak, admin nasihatkan jangan guna pencuci muka yang bersifat milk cleanser kerana ia akan memberikan kesan lembapan yang berlebihan. Nanti mulalah rasa tidak selesa kerana wajah anda sendiri pon dah menghasilkan minyak yang banyak tau.
STEP 2: EXFOLIATING (SKRUB)
Tahukah anda kulit sebenarnya mengalami proses pembaharuan setiap 28 hari? Maksudnya lepas 28 hari kulit baru akan terhasil dan kulit lama akan jadi kulit mati. So, untuk buang kulit mati ni kita kena melakukan exfoliating ataupun skrub. Memanglah kulit itu akan tertanggal dari wajah kita tapi ada juga lebihan yang akan melekat and kalau kita biarkan akan menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit lain seperti kulit kering.
Admin syorkan anda guna skrub yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi lagi2 kalau anda mempunyai masalah kulit berjerawat. Sebab kalau anda nak tahu antioksida ni mampu menjadi agen pembersih yang menghalang dan merawat pertumbuhan jerawat tau!!! Kalau tak percaya cubalah anda try.
So, nak exfoliating kenalah ada exfoliater kan? Kat sini admin nak share ada 2 jenis exfoliater iaitu:
PHYSICAL EXFOLIATER | Tekstur skrub yang berpasir dan terasa agak kasar apabila ditempel pada kulit. |
Bersifat natural seperti gula, garam dan biji-bijian | |
CHEMICAL EXFOLIATER | Tekstur skrub berbentuk toner ataupun lotion. |
Digunakan dengan cara menuangnya lalu diusap terus pada wajah tanpa perlu digesel atau disental pada wajah. |
Tak kisahlah jenis apapun exfoliater pilihan hati anda tapi anda perlulah menggunakannya sekurang-kurangnya dua@tiga kali seminggu begantung juga kepada microbead ataupun manik skrub anda (jika anda memilih physical exfoliater kurangkan penggunaannya sebab tekstur agak kasar). Yang penting jangan guna skrub tiap-tiap hari tau!!!
STEP 3: TONING
Selesai dua langkah di atas, anda beralih pula kepada toner. Tapi disebabkan kita bukannya tiap-tiap hari exfoliating muka, so time tak guna skrub lepas je anda dah cuci muka terus apply toner okey!
Penting ke toner nie? Yelah kita dah skrub dah double cleansing takkan nak tambah toner lagi? Jawapannya yes kalau takde toner ni tak lengkaplah basic skincare routine anda. Untuk pengetahuan anda, toner dapat membantu menstabilkan pH kulit wajah, mengecilkan pori-pori wajah serta memberi kesan pembersihan yang secukupnya daripada sisa-sisa pencuci muka.
Disebabkan admin selalu tengok wanita kat luar ramai yang salah apply toner, so kat sini admin nak anda baca cara menggunakan toner yang betul!!!
Caranya: Rendam kapas dengan toner, kemudian sapu pada seluruh wajah, leher, dan dada. Anda harus menggunakan toner selepas mencuci muka, dan sebelum menggunakan serum atau pelembap. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan kapas, anda juga boleh meletakkan beberapa titis toner ke telapak tangan dan kemudian sapu pada wajah. Tapi pastikan tangan anda bersih tau! Janganlah lepas tangan dah pegang macam-macam baru nak sapu toner. Nanti bakteria melekat lain pula jadinya.
STEP 4: MOISTURIZING
Oke, first anda kena guna pelembap yang mempunyai kepekatan yang tinggi atau dari cecair kepada pelembap berasaskan minyak.
Sebab ape? Ini kerana kulit wajah kita ini diibaratkan seperti sponge yang akan menyerap air terlebih dahulu diikuti dengan cecair lain.
So, sebenarnya tak salah untuk anda memakai pelbagai jenis produk pelembap dalam satu masa tetapi pastikan cara pemakaiannya betul dengan mengikut kepekatan setiap pelembap supaya anda mendapat manfaat daripada setiap pemakaian.
STEP 5: SUNSCREEN
Langkah terakhir ini adalah pelengkap kepada basic skincare routine anda. Ha, barulah anda boleh yakin yang muka anda sihat dan glowing!!
Apa kelebihan sunscreen ni?
Sunscreen bertindak untuk melindungi lapisan kulit anda daripada terdedah kepada sinaran matahari (sinar UV) yang boleh merosakkan semua lapisan kuli. And jika anda terlepas yang step terakhir ini, sia-sia je anda penat2 skrub muka semua tu tau. Sebab sinar uv masih mampu untuk menembusi lapisan toner dan pelembap, tetapi terhalang dengan sunscreen.
So, lepas ni ubahlah cara anda dengan memakai sunscreen di akhir rutin penjagaan kulit terutamanya ketika anda ingin keluar rumah atau mana-mana kawasan yang membuatkan anda terdedah kepada sinar uv.
Rumusan
So, kesimpulannya tidak kiralah jenama mahal ke murah ke tetapi 5 basic skincare routine ini wajib untuk diamalkan setiap orang!!! Jangan ambil sambil lewa dan berhati-hatilah dalam pemilihan skincare. Untuk anda lebih faham siang nak pakai apa malam nak pakai apa anda boleh tengok bawah nie. So lepas nie takdelah kekeliruan lagikan?
“FLAWLESS SKIN STARTS WITH A FLAWLESS SKINCARE ROUTINE”.