Mencari natural deodorant? Masalah seperti ketiak hitam, ketiak basah dan bau badan sering diperkatakan sekarang. Adakah anda tercari-cari untuk memilih halal deodorant atau deodorant organik yang bagus? Jika jawapannya ya, maka anda perlu baca artikel ini.
Semua orang mempunyai bau mereka sendiri dan boleh dianggap sebagai ciri penting individu. Bagaimanapun, apabila melibatkan bau, ia boleh menjengkelkan.
Oleh itu, mencari pencegahan dan rawatan adalah perlu. Antipeluh (antiperspirant) dan deodorant telah digunakan secara meluas bagi menyelesaikan masalah bau badan.
Bagi anda yang kuat berpeluh, anda mungkin menghadapi masalah hyperhidrosis, di mana ada orang yang kuat peluh di kaki dan tangan, muka, atau pun bahagian ketiak.
Anda sangat bernasib baik kerana adanya produk deodorant untuk menyelesaikan masalah bau badan ini. Namun anda perlu berhati-hati di dalam milih deodorant kerana ada deodorant yang mungkin menjadi penyebab beberapa penyakit serius seperti kanser payudara.
Sangat penting untuk anda berhati-hati dan membuat pilihan yang betul dalam memilih natural deodorant yang terbaik. Kami kongsikan 3 tips dalam memilih deodorant yang natural.
Isi Kandungan Artikel
Tip #1 – Pilih Natural Deodorant Yang Tidak Mengandungi Aluminium Chlorohydrate
Baru-baru ini, beberapa teori telah mendakwa hubungan penggunakan deodorant atau antiperspirant dengan beberapa penyakit maut termasuk kanser payudara. Teori-teori ini berdasarkan pada fakta bahawa kebanyakan kanser payudara akan berkembang di kawasan bawah ketiak. Dan deodorant kebanyakannya digunakan untuk ketiak supaya ia boleh memberi kesan bahagian luar atas payudara ini juga.
Bahan-bahan aktif rumusan deodorant terutamanya Aluminium Chlorohydrate apabila menyerap ke kulit, ia boleh berinteraksi dengan gen manusia dan akhirnya menimbulkan ancaman kanser dalam sel. Bahan kimia ini juga boleh mengganggu proses fungsi hormon wanita yang dinamakan estrogen yang akhirnya akan meningkatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.
Tip #2 – Pilih Natural Deodorant Yang Tidak Mengandungi Paraben
Paraben adalah salah satu senyawa yang merupakan golongan dari pengawet sintesis. Menurut kajian, paraben berkemungkinan dapat menimbulkan kanser payudara. Paraben tidak hanya berasal dari penggunaan deodorant, bahkan produk kosmetik juga mengandung paraben.
Paraben (para-hydroxybenzoate) juga ditulis dengan nama-nama seperti methylparaben, propylparaben, butylparaben, ethylparaben, 4-hydroxy methyl ester benzoic acid, atau methyl 4-hydroxybenzoate.
Fungsi paraben dalam produk kosmetik, pembersih kulit dan deodorant adalah untuk mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat. Paraben juga membuat produk kelihatan lebih segar dan tidak mudah rosak.
Jadi berhati-hati dengan produk yang mengandungi paraben. Meski pun bahaya penggunaan paraben pada deodorant tidak terbukti secara klinikal lagi, ada baiknya untuk menghindari produk yang mengandung paraben.
Tip #3 – Pilih Natural Deodorant Yang Tidak Mengandungi Phthalate
Phthalate sering ditemukan didalam produk kosmetik, parfum dan produk perawatan badan. Teksture phthalate ini mirip dengan propylene, berbentuk cairan kental seperti minyak goreng, tidak berwarna dan tidak mudah meruwap.
Phthalate digunakan dalam deodorant untuk membantu melarutkan bahan lain dalam deodorant agar tercipta tekstur yang rata dan halus. Phthalate juga berbahaya bagi tubuh jika terlalu sering digunakan.
Bagi ibu hamil yang memiliki kadar phthalate tinggi, maka janin akan berisiko lahir cacat.
Bagi mereka-mereka di luar sana yang ingin menghasilkan deodorant yang selamat, iaitu deodorant yang natural, deodorant yang halal dan organik, anda boleh menghubungi Kilang Halal Kosmetik VNI SCIENTIFIC SDN BHD yang dapat membantu anda untuk menghasilkan deodorant natural yang bebas dari bahan-bahan kimia.
Di VNI SCIENTIFIC , kami menggunakan bahan-bahan natural seperti Aloe Vera, Lemon Essential Oil dan Shea butter. Kami akan pastikan yang produk natural deodorant anda mempunyai manfaat seperti:
Manfaat Natural Deodorant
- Jernih dan cepat mengering; tidak meninggalkan tanda putih pada kulit atau pakaian.
- Berkesan, namun ringan dan lembut pada kulit; dirumus untuk membantu mengurangkan kerengsaan yang boleh menyebabkan perubahan warna kulit.
- Direka untuk kegunaan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
- Perlindungan deodorant dan kebasahan sehingga 48 jam memberikan rasa segar lebih lama berbanding deodorant & antipeluh dengan haruman tradisional untuk keyakinan sepanjang hari.
- Teknologi pengkapsulan haruman yang eksklusif dan terbukti membebaskan letusan haruman yang segar apabila badan bergerak aktif.