Isi Kandungan Artikel

  WAJIB TAHU JIKA INGIN JADI FOUNDER PRODUK YANG BERJAYA 2020

Untuk menjadi seorang usahawan atau founder produk sebenarnya amat mudah, tetapi untuk menjadi seorang founder produk yang boleh memastikan perniagaannya bertahan dan sentiasa ‘maintain’ di dalam sesuatu tempoh yang lama adalah satu perkara yang amat mencabar. Ini kerana terlalu banyak founder produk yang lain dan lambakan produk di dalam pasaran.

Jika kekurangan daya ketahanan mental serta persiapan selaku founder itu sendiri yang tidak rapi, alamatnya pasti terduduk di kemudian hari..termenung melihat produk di simpan di bawah katil..

Selaku founder produk, banyak perkara yang perlu di ambil kira dan di titik beratkan setiap hari. Boleh dikatakan hampir setiap hari wajib untuk berfikir dan memeningkan kepala anda bagi memastikan perjalanan perniagaan dan produk anda sentiasa di dalam landasan yang betul.

Jadi kenalah sentiasa berfikir..

Untuk membantu anda, kilang kosmetik OEM seremban berkongsikan 3 elemen penting ini, agar anda menjadi seorang founder produk yang berjaya!

InsyAllah jangan risau..

Teruskan membaca…

founder

#1 FOUNDER PERLUKAN – ILMU PENSYARIKATAN

Seorang founder produk yang bagus, dia akan mengambil kira aspek susun atur syarikatnya yang akan berkembang selaris dengan produk yang dibawa. Founder produk tersebut haruslah mengambil kira aspek ‘flow’ perniagaannya dengan cara yang bersistem, tersusun dan teratur..

Bermula dengan carta aliran organisasi syarikat, kemudian kepada deskripsi pekerjaan oleh kakitangan yang ada sekarang dan bakal ada kemudiannya nanti. Tolong janganlah jadi seperti ‘superman’, habis semua perkara anda nak buat dan lakukan sendiri. Sebaliknya fikirkan untuk mempunyai kakitangan mahupun ‘team’ yang bersama anda..

Founder produk yang bagus akan sedaya upaya berusaha untuk mewujudkan ‘team’ sendiri. Jika anda pernah bekerja dahulu, pasti anda dapat melihat syarikat tersebut mempunyai jabatan mereka tersendiri. Jadi kenapa tidak anda selaku founder produk, ‘owner’ kepada produk anda, boss kepada perniagaan anda.

Bahagikan ‘team’ anda tadi ke 5 jabatan penting yang boleh anda mulakan dengan kadar segera untuk menjadi founder produk yang bagus, jabatan yang perlu ada antaranya:

  1. HR & Admin
  2. Finance
  3. Sales
  4. Marketing
  5. Operation

Ini kerana setiap jabatan tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dan peranan yang berlainan. Dengan adanya jabatan dan deskripsi pekerjaan seperti ini, ia dapat membantu sistem perniagaan anda untuk menjadi lebih teliti, dalam masa yang sama produktiviti anda juga akan meningkat dan tersusun.

misi founder

#2 FOUNDER PERLUKAN – VISI DAN MISI YANG JELAS

Pernah dengar tentang visi dan misi?

Ramai founder produk terlepas pandang tentang perkara ini, kebiasaan mereka di luar sana hanya meletakkan fokus mereka kepada jualan dan keuntunggan semata-mata. Bila sudah tidak untung dan perniagaannya ‘stagnent’ baru mula terkapai-kapai mencari punca dan risau.

Jadi hari ini fahami dahulu apa maksud yang terkandung di dalam visi dan misi ini. Jangan sekadar menjadi sebutan di mulut sahaja.

Visi Apa yang ingin kita capai dan perolehi dalam sesuatu tempoh masa. Ianya perlu boleh diukur dan ianya adalah satu ‘projection’ yang anda tetapkan sekurang-kurangnya 3 tahun di hadapan.

MisiApa yang kita perlu lakukan untuk mencapai visi kita tadi. Ianya menjadi pendukung kepada visi kita.

Anda sebagai founder, harus jelas dengan visi yang dikejar. Mesti tahu dan dalam bahasa mudahnya, mempunyai matlamat yang jelas.

Beberapa faktor kilang kosmetik OEM seremban kongsikan di sini untuk memudahkan urusan anda dalam mencipta visi anda. Sebelum itu, anda perlu tahu, untuk menghasilkan visi, anda perlu terlebih dahulu mencipta kenyataan misi anda. Caranya mudah, dengan menjawab soalan-soalan seperti dibawah ini:

  1. Siapakah kita? (Jenama tersebut)
  2. Apakah Unique Selling Point (USP) serta Value Proposition (VP) kita?
  3. Apakah manfaat dari produk penjualan kita kepada pengguna yang membelinya?
  4. Apa Big Why kita?

Selesai menjawab ke-4 soalan ini, anda pasti akan dapat hasilkan sebuah kenyataan misi yang membantu anda untuk dapatkan visi dan misi anda dengan lebih jelas.

#3 FOUNDER PERLUKAN – SALES DAN MARKETING

Dalam perniagaan, sales dan marketing adalah nadi kepada sesebuah perniagaan. Tanpa sales dan marketing, amat sukar dan mustahil untuk sesebuah perniagaan itu pergi lebih jauh. Kalau marketing hancur maka hancurlah perniagaan tersebut. Kalau marketing pula padu tetapi sales hancur, maka itu juga tidak guna.

  • Definisi Sales: Sales adalah jualan. Jualan adalah aktiviti menjual produk atau servis bagi mendapatkan imbuhan dari segi nilai mata wang. Ia juga merupakan aktiviti bagaimana proses interaksi, proses pertukaran produk atau servis, diantara si penjual dan si pembeli.
  • Definisi Marketing: Marketing adalah pemasaran. Pemasaran adalah aktiviti yang bersangkut paut dengan proses mengenal, memilih dan membuat produk, tempat pengedaran produk tersebut kepada pelanggan, serta perancangan pelan tindakan bagaimana untuk mempromosikan produk tersebut kepada pelanggan.

Sales dan marketing perlu bergerak seiring dan sejalan, menjadi tugas founder untuk memastikan strategi marketing di susun rapi untuk memastikan marketing yang di jalankan dapat menarik sales untuk masuk ke dalam perniagaan.

Kerja-kerja marketing harus di jalankan terlebih dahulu, kerana tanpa marketing mustahil akan adanya sales, dan tanpa sales macam mana syarikat ingin dapatkan duit untuk membuat modal pusingan, menjana keuntunggan dan membayar kesemua liabiliti perniagaan yang di gunakan.

Pastikan sebagai seorang founder, anda merekodkan hasil jual beli anda untuk di jadikan sebagai laporan dan memudahkan kerja-kerja anda untuk merujuk semula dan menganalisa maklumat dari laporan tersebut. Ini kerana dari rekod dan laporan itu, ianya dapat memudahkan kerja-kerja pemasaran anda di masa akan datang.

Sekiranya perkongsian ini membantu dan anda mendapat sesuatu, tolong kongsikan dan SHARE perkongsian ini.

Sekarang anda adalah founder produk yang berilmu,

TAHNIAH!