5 Sebab Daftar #MYIPO Penting Untuk Founder & Usahawan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Harta intelek

JANGAN KENA GAME LAGI DENGAN EJEN MYIPO! SUDAH BANYAK LEBUR?’

 

Dalam seminggu, sudah 4 kes pihak Kilang Kosmetik OEM Seremban terima tentang MYIPO punya isu, pagi ni seorang lagi founder datang dan menceritakan kisahnya sewaktu mendaftar MYIPO yang memakan kos sehingga RM5,000, ketika berurusan dengan kononya mereka yang bergelar ejen MYIPO yang sah.

Terus terang, pihak kami Kilang Kosmetik OEM Seremban selaku pihak yang mendengar tentang isu ini turut merasakan keperitan yang di alami oleh founder tersebut. Kesian founder tersebut, baru nak buat produk dah kena game sampai RM5,000!

Produk tidak terhasil lagi, akan tetapi duit sudah terbang!

Myipo online adalah satu carian yang paling popular bagi para usahawan dan founder-founder produk.  Myipo online juga di kenali sebagai  pendaftaran trademark di Malaysia. Myipo online ini  mempunyai beberapa prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan ianya diterima dan diluluskan oleh pihak pendaftar.

Antara prosedur penting sebelum sesuatu permohonan trademark Malaysia dibuat adalah melakukan carian atau trademark search. Carian ini amat penting bagi memastikan trademark yang ingin dipohon tidak mempunyai persamaan dengan trademark yang telah sedia dipohon atau didaftarkan.

Kami selaku  Kilang Kosmetik OEM Seremban bukanlah Sifu Trademark atau konsultan yang sah dan bernaung dibawah MYIPO itu sendiri, tetapi kami memang mengambil inisiatif dan tanggungjawab bagi founder atau usahawan yang buat produk di Kilang Kosmetik OEM Seremban, untuk membantu mereka ini dengan berkongsi dan menunjukkan cara bagi melindungi hak mereka dengan cara dan jalan yang betul.

Dengan perkongsian dan informasi dari Kilang Kosmetik OEM Seremban ini harap dapat membantu founder dan usahawan di luar sana agar tidak tertipu dan terkena lagi dengan ulat-ulat MYIPO ini.

 

ANDA SEORANG FOUNDER ATAU USAHAWAN?

Jika jawapan nya adalah YA

Baik..mari Kilang Kosmetik OEM Seremban kongsikan sedikit tentang beberapa perkara penting tentang MYIPO ini, pastikan anda baca sehingga habis,

 

Harta intelek MYIPO        Harta intelek MYIPO

1. DEFINISI CAP DAGANGAN:

Cap Dagangan boleh di kategorikan sebagai perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Cap dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.

2. LARANGAN MENGENAI PENDAFTARAN:

  • MEMPERDAYAKAN ATAU MENGELIRUKAN
    Jika penggunaannya memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai atau berlawanan dengan undang-undang.
  • SKANDAL ATAU MENYINGGUNG
    Jika ia mengandungi atau terdiri dan apa-apa perkara skandal atau menyinggung atau pun tidak berhak mendapat perlindungan mana-mana mahkamah undang-undang.
  • MEMUDARATKAN TERHADAP KEPENTINGAN ATAU KESELAMATAN NEGARA
    Pendaftar bertanggungjawab dalam menentukan pendaftaran cap dagangan sekiranya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepèntingan atau keselamatan negara.

 

Harta intelek MYIPO

3. FUNGSI CAP DAGANGAN:

  • Fungsi Asal – Cap Dagangan ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.
  • Fungsi Pemilihan – Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.
  • Fungsi Kualiti – Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya.
  • Fungsi Pemasaran – Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan.
  • Fungsi Ekonomi – Cap-cap yang telah ‘established’ di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise’kan.

 

Harta intelek MYIPO

 

4. KEPENTINGAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN:

  • Keistimewaan pendaftaran harta intelektual didalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk:
    1. Hak Eksklusif – Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran
    2. Bukti sah undang-undang – Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri. 

 

Harta intelek MYIPO

5. TEMPOH PERLINDUNGAN

  • Pendaftaran cap dagangan adalah sah selama sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun.

Leave a Replay

About Us

VNI Scientific Sdn Bhd is halal makeup manufacturers , ideal partner and your  trusted GMP OEM manufacturer. We assist our customers for the formulation, conception, production and packaging of your own cosmetic brand.

Recent Posts

Follow Us

Contact Us Now

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit

error: Content is protected !!