+606 6751205 / +6013 2666709 [email protected]

Fakta tentang AHA Bagi Rawatan Kulit Berjerawat

Apa Itu AHA?

Adakah anda tahu apa itu  AHA? Ramai diantara kita terdedah kepada banyak lambakan produk di pasaran yang mempunyai kandungan AHA,  tetapi  sebahagian besar  pengguna  tidak tahu apa maksudnya.

AHA adalah singkatan dari Alpha Hydroxy Acids.  AHA merujuk kepada satu kelas sebatian kimia yang terdiri daripada carboxylic acid yang digantikan dengan kumpulan hydroxyl.

Sumber AHA  mungkin dari  semulajadi atau sintetik. Contoh dari sumber semulajadi  dari tumbuh-tumbuhan (vegan)  adalah dari  buah-buahan seperti apple, anggur, tebu  dan buah-buahan yang berasid/citrus seperti limau, lemon dan grapefruit.

7 jenis AHA yang biasa digunakan di dalam produk kecantikan adalah:  

  • Asid sitrik (dari buah sitrus)
  • Asid glikolik (dari tebu)
  • Asid hidroksikaproik (dari royal jelly)
  • Asid hidroksikaprilik (dari haiwan)
  • Asid laktik (dari laktosa atau karbohidrat lain)
  • Asid malik (dari buah-buahan)
  • Asid tartarik (dari anggur)

Jenis AHA

Di antara manfaat AHA ialah:

  • Menyamarkan kesan garis-garis halus dan kedut diwajah.
  • Mengurangkan pembesaran pori-pori.
  • Membantu mengatasi masalah pigmentasi dan jeragat.
  • Menyamarkan kesan bintik-bintik hitam diwajah akibat usia.
  • Membantu proses pengelupasan kulit secara lembut.
  • Menganjalkan kulit wajah.
  • Mengurangkan luka- luka bekas jerawat.

Cara AHA berkerja  adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggantikan dengan sel-sel baru yang lebih sihat yang sebelumnya tersembunyi di lapisan bawah kulit wajah.

Jadi, tidak hairanlah mengapa  AHA menjadi salah satu bahan ‘ favourite ’ didalam kebanyakkan  produk-produk kecantikan kulit untuk para wanita.

Untuk para wanita yang  mengalami hiperpigmentasi atau bintik hitam, anda disarankan untuk menggunakan produk yang mengandung AHA didalam kandungan 1% ke 3% untuk  membantu mendapatkan  kulit wajah yang cerah dan berseri.

Produk kecantikan kulit dengan kandungan AHA lebih dari 10% perlu mendapat khidmat nasihat dari doktor untuk mencegah penggunaan berlebihan dan efek sampingan.

Betulkah AHA boleh merawat jerawat?

Jerawat timbul apabila liang pori anda tersumbat dengan minyak (sebum), dan bakteria. Mengelupas kulit wajah anda dengan AHA dapat menghilangkan sebum.

Produsi minyak berlebihan di muka  dapat menyumbat pori-pori dan menyebabkan keradangan, oleh itu berhati-hatilah ketika menggunakan produk penjagaan kulit. Pakailah produk berlabel non-komedogenik atau non-acnegenic untuk mencegah pori-pori tersumbat.

AHA juga dapat mengurangkan pori-pori yang membesar, yang biasanya terlihat pada kulit yang berjerawat. Pergantian sel kulit dari pengelupasan asid glikolik dan laktik  dapat mengurangkan parut jerawat.  Bahan aktif yang mengandungi AHA lain, seperti asid sitric dan malic dapat membantu mengurangkan keradangan kulit.

AHA bukan hanya untuk wajah anda. Anda boleh menggunakan produk AHA di kawasan lain yang mudah berjerawat, termasuk bahagian belakang dan dada.

Menurut pakar,  bagi merawat jerawat, diperlukan dua hingga tiga bulan sebelum anda mula melihat kesan pengurangan jerawat yang ketara. Penting untuk bersabar sementara produk berfungsi untuk menghilangkan jerawat dari masa ke masa.

Efek Sampingan  AHA

Dengan menggunakan produk kecantikan yang mengandung bahan AHA yang tinggi ( contohnya lebih dari 10% ), kemungkinan anda akan mengalami keradangan,  iritasi kulit dan kulit anda akan menjadi  lebih sensitif terhadap sinar matahari.

Langkah-langkah untuk menghindari efek sampingan tersebut, antara lain adalah:

  • Pemilihan produk dengan kandungan konsentrasi AHA yang rendah sebelum memulakan dengan yang lebih tinggi. Gunakan produk dengan kandungan diantara 1% – 3%.  Jika anda ingin menggunakan AHA lebih dari 10%,  pastikan pemakaian di bawah pengawasan doktor kulit.
  • Memulakan pemakaian produk yang mengandungi AHA selang sehari sehingga kulit wajah anda dapat serasi dengan
  • Menggunakan produk yang mengandungi tabir suria SPF35+  setiap hari  kerana  selama menggunakan produk berbahan AHA, kulit menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Punca Utama Penyebab Jerawat.

Selama ini, banyak orang yang mengaitkan jerawat dengan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Padahal, hormon juga dapat menyebabkan munculnya jerawat. Hormon penyebab jerawat ini dapat menjadi masalah bila kadarnya terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Fluktuasi dan ketidakseimbangan kadar hormon tertentu di dalam tubuh boleh menyebabkan kulit menjadi berminyak atau kering. Efeknya, kulit jadi lebih mudah untuk berjerawat. Itulah sebabnya, hormon-hormon tersebut dianggap sebagai hormon penyebab jerawat.

Menurut kajian pakar dermatologist, punca yang paling utama penyebab jerawat adalah ketidakseimbangan kadar hormon ( fluctuating hormones). Sebanyak 84.37% punca muka berjerawat adalah di sebabkan fluctuating hormones. Manakala punca jerawat juga disebabkan oleh kadar stress yang tinggi (76.56%).

Laporan kajian di rajah di bawah, menunjukkan 26 punca-punca penyebab jerawat.

26 Punca Penyebab Jerawat

Penyebab Jerawat

 

RUMUSAN

Untuk mengatasi muka berjerawat, selain menggunakan bahan ramuan aktif AHA, anda harus mengenal pasti jenis kulit anda.

Untuk kulit berminyak, kami di VNI SCIENTIFIC akan formulasikan khas agar PRODUK ANDA mengandungi ramuan  retinoid dan  benzoil peroksida.  Sementara untuk kulit kering, kami akan formulasikan agar  PRODUK ANDA  mengandungi benzoil peroksida dan azelaic acid.

Selaras dengan prinsip kami di VNI SCIENTIFIC, kami hanya menggunakan ramuan-ramuan dari sumber tumbuh-tumbuhan atau “vegan”.

Jika cara-cara di atas telah dilakukan tapi jerawat masih tidak berkurang,  sebaiknya berjumpalah dengan doktor kulit atau dermatologist.  Doktor kulit boleh mencadangkan ubat-ubatan  yang dapat seimbangkan  kadar hormon anda.